Followers

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Selebriti di Party 20 Eh! Yang Anggun 2010 Part 3

Posted: 28 Nov 2010 08:58 AM PST

Party 20 Eh! Yang Anggun telah pun berlangsung pada jam 7.30 malam tadi 28 November 2010.

Budiey turut berada di sana untuk memberikan liputan dari karpet merah dan acara persembahan yang adakan di Zouk Club Kuala Lumpur, Jalan Ampang. Acara tahunan meriah anjuran majalah EH! ini adalah simbolik seiring usia majalah ini yang menjangkau ke 11 tahun.

Video Fesyen Selebriti di Party 20 Yang Anggun

Party ini diadakan dengan kerjasama Lancome yang turut menjadi penaja utama. Patutlah Budiey tengok ada hadiah perfume Lancome dalam goodie bag yang diberikan kepada setiap media. Terima kasih EH! dan juga Lancome. Memang harumannya sangat menawan. Sayangnya haruman tu untuk wanita. So, kena kasi kat orang rumah. :)

Selain Lancome, party ini turut mendapat kerjasama dari Suria FM sebagai radio stesen rasmi, Zouk Club sebagai penaja lokasi dan MPH Bookstores sebagai bookstore partner.

Budiey.com juga nak ucapkan tahniah kepada 20 orang selebriti wanita yang terpilih dan dinobatkan dalam senarai 20 Eh! Yang Anggun. Mereka adalah Aurora Salwa, Adira, Alyah, Ana Rafali, Diana Jalal, Faezah Ilai, Juliana Evans, Julie Woon, Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Mimie, Nadia Fly FM, Najwa, Raja Ilya, Scha Al-Yahya, Shila OIAM, Siti Saleha, Stacy, Yuna dan Zizi.

20 orang selebriti ini dipilih dan diundi oleh pembaca setia EH!

Selain penampilan 20 orang selebriti terpilih ini, party ini turut mengumumkan nama 10 Lelaki Disenangi Pembaca Eh! Mereka ialah Akim, Sharnaaz, Naqib, Nas-T, Iz Sulaini, Ryzal, Black, Nazim, Shaz Jaszle dan Gambit. Tapi yang Budiey tengok hanya 3 orang sahaja yang hadir di pentas.

Menampilkan konsep glamor, event ini dihadiri oleh selebriti dan model. Lebih meriah lagi apabila seramai 300 orang pembaca juga turut hadir meraikan 20 Eh! Yang Anggun. Semua yang hadir disajikan dengan persembahan artis terkenal seperti Alyah, Iz Sulaini, Imran Ajmain, Ezlynn dan ramai lagi.

Dihoskan oleh Linda Onn, penyampai radio Suria FM, party ini digempakkan lagi dengan beberapa games yang melibatkan pembaca. Hadiah dan goodie bag juga turut diberikan kepada semua yang hadir.

20 Yang Anggun

Lisa Surihani. Selalu tampil comel dan sweet.

20 Yang Anggun

Lisa Surihani bersama dgn dua orang sahabat baiknya.

Party 20 Yang Anggun

Farawahida yang menggayakan rekaan Hasfitri Yusof. Merah + Hitam = Anggun. Kata Fara, single terbarunya berjudul Jangan Kau Tanya Aku Lagi ciptaan 6ixth Sense akan keluar tak lama lagi.

Party 20 Anggun

Marsha Milan Londoh mengenakan pakaian serba pink koleksinya sendiri.

20 Yang Anggun

Ini dia Puteri Saliha. Antara calon 20 Yang Anggun 2010.

Party 20 Yang Anggun

Nita Hamzah bersama model lelaki yang juga pelakon filem Karak bernama Ahmad Mathni dan Amir Luqman.

20 Yang Anggun

Ana Raffali, hadir tanpa imej baju kurung tapi masih elegan dengan busana serba hitam.

Party 20 Yang Anggun

Faezah Ilai

Party 20 Anggun

Najwa yang berseri-seri dengan dress dari Bahrin.

Party 20 Yang Anggun

Alif Satar yang membawa helmet kesayangannya. Kalau tak silap Budiey, harga helmet ni sangat mahal ya. Ada dalam RM7ribu, kan? Tengok tu jenama apa, Nolan tuuuu!

Party 20 Yang Anggun

Nita Hamzah mengenakan dress dari rekaan Amir Luqman. Berani dan seksi. Meletop!

Party 20 Yang Anggun

Imran Ajmain

Party 20 Yang Anggun

Penyanyi bernama Ernie. Juga menjadi penghibur di party EH! Mengenakan gaun dari Hanim Suraya.

20 Yang Anggun

Aurora Salwa

Party 20 Yang Anggun

Joey, sempoi, santai dan kasual tapi masih smart.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Red Carpet di Party 20 Eh! Yang Anggun Part 1
  • Gambar Selebriti di Party 20 Eh! Yang Anggun Part 2
  • Gambar Camelia di EH! 10 Yang Anggun 2009
  • Gambar Sekitar Minum Petang Eh! 20 Yang Anggun di Butik Zang Toi
  • Party Masquerade Media Hiburan
  • Gambar Skirt Siti Elizad Sharifudin Seksi di Malam 20 Yang Anggun
  • Intan Ladyana Selebriti Paling Anggun di Parti Nona 2010
  • Gambar Eksklusif Siti Nurhaliza di Post Party AIM14
  • Gambar Baju Ayu OIAM di Anugerah Bintang Popular
  • Gambar Selebriti di Party GLAM Swinging 60′s
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Selebriti di Party 20 Eh! Yang Anggun Part 2

    Posted: 28 Nov 2010 08:24 AM PST

    Party 20 Eh! Yang Anggun telah pun berlangsung pada jam 7.30 malam tadi 28 November 2010.

    Budiey turut berada di sana untuk memberikan liputan dari karpet merah dan acara persembahan yang adakan di Zouk Club Kuala Lumpur, Jalan Ampang. Acara tahunan meriah anjuran majalah EH! ini adalah simbolik seiring usia majalah ini yang menjangkau ke 11 tahun.

    Party ini diadakan dengan kerjasama Lancome yang turut menjadi penaja utama. Patutlah Budiey tengok ada hadiah perfume Lancome dalam goodie bag yang diberikan kepada setiap media. Terima kasih EH! dan juga Lancome. Memang harumannya sangat menawan. Sayangnya haruman tu untuk wanita. So, kena kasi kat orang rumah. :)

    Selain Lancome, party ini turut mendapat kerjasama dari Suria FM sebagai radio stesen rasmi, Zouk Club sebagai penaja lokasi dan MPH Bookstores sebagai bookstore partner.

    Budiey.com juga nak ucapkan tahniah kepada 20 orang selebriti wanita yang terpilih dan dinobatkan dalam senarai 20 Eh! Yang Anggun. Mereka adalah Aurora Salwa, Adira, Alyah, Ana Rafali, Diana Jalal, Faezah Ilai, Juliana Evans, Julie Woon, Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Mimie, Nadia Fly FM, Najwa, Raja Ilya, Scha Al-Yahya, Shila OIAM, Siti Saleha, Stacy, Yuna dan Zizi.

    20 orang selebriti ini dipilih dan diundi oleh pembaca setia EH!

    Selain penampilan 20 orang selebriti terpilih ini, party ini turut mengumumkan nama 10 Lelaki Disenangi Pembaca Eh! Mereka ialah Akim, Sharnaaz, Naqib, Nas-T, Iz Sulaini, Ryzal, Black, Nazim, Shaz Jaszle dan Gambit. Tapi yang Budiey tengok hanya 3 orang sahaja yang hadir di pentas.

    Menampilkan konsep glamor, event ini dihadiri oleh selebriti dan model. Lebih meriah lagi apabila seramai 300 orang pembaca juga turut hadir meraikan 20 Eh! Yang Anggun. Semua yang hadir disajikan dengan persembahan artis terkenal seperti Alyah, Iz Sulaini, Imran Ajmain, Ezlynn dan ramai lagi.

    Dihoskan oleh Linda Onn, penyampai radio Suria FM, party ini digempakkan lagi dengan beberapa games yang melibatkan pembaca. Hadiah dan goodie bag juga turut diberikan kepada semua yang hadir.

    Party 20 Yang Anggun

    Diana Jalal, seorang selebriti & model. Turut terpilih sebagai 20 Yang Anggun.

    Party 20 Yang Anggun

    Daus yang turut perform dua buah lagu bersama gitaris dari band 9TreeO.

    Party 20 Yang Anggun

    Model lelaki

    Party 20 Yang Anggun

    Iz Sulaini yang mengenakan pakaian semuanya serba merah merona dari pereka Ezuwan Ismail.

    Party 20 Yang Anggun

    Stailo Glam

    Party 20 Yang Anggun

    Nas T yang turut terpilih sebagai 10 Lelaki Yang Disenangi

    Party 20 Yang Anggun

    Juliana Evans

    Party 20 Yang Anggun

    Wan Sharmila

    Party 20 Yang Anggun

    Linda Onn yang menjadi pengacara party

    Party 20 Yang Anggun

    Ezlynn

    Party 20 Yang Anggun

    Sabhi Saddi

    Party 20 Yang Anggun

    Siti Nordiana yang menggayakan rekaan dari Hamim Suraya. Juga turut sama perform single terbarunya.

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Red Carpet di Party 20 Eh! Yang Anggun Part 1
  • Gambar Camelia di EH! 10 Yang Anggun 2009
  • Gambar Selebriti di Party 20 Eh! Yang Anggun 2010 Part 3
  • Gambar Sekitar Minum Petang Eh! 20 Yang Anggun di Butik Zang Toi
  • Gambar Skirt Siti Elizad Sharifudin Seksi di Malam 20 Yang Anggun
  • Gambar Eksklusif Siti Nurhaliza di Post Party AIM14
  • Party Masquerade Media Hiburan
  • Gambar Baju Ayu OIAM di Anugerah Bintang Popular
  • Gambar Sekitar Sidang Media Showcase Anggun di Hotel Istana
  • Photo of the Day: Manjanya Fasha Sandha Eh Yang Anggun
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • Twitter
    • RSS

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Gambar Panas Raja Ilya, Pelakon Appalam Bersama Teman Lelaki Atas Katil

    Posted: 28 Nov 2010 11:35 AM PST

    bongok Gambar Panas Raja Ilya, Pelakon Appalam Bersama Teman Lelaki Atas Katil

    Gambar panas pelakon filem Appalam, Raja Ilya bersama seorang lelaki yang di'percayai bekas teman lelaki'nya mula beredar di internet. Walaupun pelakon utama ini baru di'kenali, namun gossip posing sakan atas katil ini tidak kurang hebat'nya. Jujur kata, kami pun pertama kali mendengar nama beliau.

    Seperti biasa, setiap selebriti akan memberikan jawapan cliche, seperti superimpose. Itu yang terjadi kepada gambar cium Nabil Raja Lawak & Qasha, minggu lepas.

    Namun, Raja Ilya sangat kool. Beliau mengakui bahawa foto tersebut adalah diri'nya & bekas teman lelaki, kira-kira 2 tahun lepas. Tidak sangka pula, baru sahaja nama'nya nak naik, ada orang yang sudah dengki menghantar gambar panas diatas kepada wartawan.

    Tidak mahu menuduh sesiapa. Raja Ilya mengesyaki perbuatan sabotaj ini di'lakukan oleh bekas teman lelaki. Katanya, "Yang jelas, pihak tidak bertanggung jawab itu memang berniat jahat menghancurkan masa depan saya di bidang lakonan, tapi saya pasrah. Rezeki ditentukan Tuhan."

    "Saya merayu, pihak berkenaan tidak terus mengganggu hidup saya, lagipun saya sudah bertunang dan akan berkahwin tahun depan. Segala kesilapan masa silam, saya akui dan minta maaf. Saya berjanji, perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi," kata Ilya dalam nada kesal.

    pixel Gambar Panas Raja Ilya, Pelakon Appalam Bersama Teman Lelaki Atas Katil
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Kris Dayanti Bakal Berkahwin, Mahu Duet Dengan Anak Sendiri

    Posted: 28 Nov 2010 11:23 AM PST

    79155 krisdayanti   anaknya Kris Dayanti Bakal Berkahwin, Mahu Duet Dengan Anak Sendiri

    Kris Dayanti sebelum ini kecewa kerana tidak berpeluang melibatkan diri dalam penerbitan album anak sulung'nya bersama bekas suami, Anang. Namun, masih bersyukur kerana anak'nya mempunyai ibu bapa yang berpengalaman dalam bidang muzik, sangat bernasib baik berbanding diri'nya yang bermula daripada kosong.

    Menurut Kris, beliau tidak terkejut dengan bakat Aurel kerana pernah melibatkan diri dalam video klip seawal 6 bulan dan diajar bermain piano sejak berumur 4 tahun.

    Dalam pada masa yang sama, Kris Dayanti baru sahaja meminta alamat terbaru daripada Chef Wan. Kata'nya untuk menghantar undangan khas. Besar kemungkinan, Kris ingin berkahwin? Pengumuman dibuat oleh Chef Wan di Facebook, lihat screenshot selepas ini.

    chef wan krisdayanti Kris Dayanti Bakal Berkahwin, Mahu Duet Dengan Anak Sendiri

    pixel Kris Dayanti Bakal Berkahwin, Mahu Duet Dengan Anak Sendiri
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • Twitter
    • RSS

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    Dafi & Farah Serius Ceburi MLM Power Impian

    Posted: 28 Nov 2010 06:02 PM PST

    Dafi dan Farah menceburi MLM Power Impian sejak April 2010.

    SHAH ALAM: Penyanyi Dafi dan Farah serius menceburi perniagaan jualan langsung (MLM) Power Impian, anak syarikat Kumpulan Power Root sejak April lalu.

    Selain mereka, aktor Rosyam Nor turut terlibat dalam perniagaan tersebut.

    Kata mereka, setelah dilantik sebagai duta Power Root, secara automatik mereka menjadi ahli Power Impian.

    Farah menjadi duta Power Root sejak tahun 2004 manakala Dafi pula bergelar duta sejak April tahun ini.

    "Agak sukar juga hendak mengendalikan perniagaan MLM ini kerana kami juga perlu mencari orang di bawah kami.

    Ahmad Dhani menjadi perhatian ramai penonton.

    "Namun setelah dibantu oleh ketua, saya semakin seronok untuk menerokai bidang ini. Walaupun kadangkala perniagaan ini bergerak perlahan, kami cuba melakukan sesuatu," kata Farah kepada mStar Online.

    Farah dan Dafi menjayakan persembahan nyanyian sempena Konvensyen dan Anekarama Mengejar Impian di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, Sabtu. Turut serta dalam menjayakan majlis itu adalah Rosyam Nor dan penyanyi Indonesia, Ahmad Dhani dan Maha Dewi.

    Majlis anjuran Power Root itu turut menyalurkan sumbangan bernilai RM30 bagi setiap 200 tiket pertama kepada Tabung Prihatin SACC.

    Farah juga berkata biarpun banyak cerita kurang baik tentang MLM yang tersebar sebelum ini, dia tidak pernah putus semangat untuk meneruskan bidang tersebut.

    "Saya tidak takut menceburi MLM Power Impian kerana perniagaan ini mempunyai lesen," ujarnya bersungguh-sungguh.

    Sementara Dafi menganggap dirinya tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang tersebut pada usia 22 tahun ini.

    "Saya masih mencuba melakukan MLM dan pihak Power Impian banyak memberikan tunjuk ajar. Saya selalu turun padang dan mengikuti acara yang mereka anjurkan seperti majlis pada hari ini," ujarnya yang turut menyampaikan beberapa buah lagu.

    Tambah Dafi, Power Root dijangka akan meluaskan pasaran mereka ke Indonesia pada bulan Disember ini. Jadi, sebab itu mereka turut menjemput artis dari Indonesia seperti Ahmad Dhani dan Maha Dewi untuk menjayakan persembahan tersebut.

    ‘Princess Party’ & Tayangan ‘Rapunzel’ Bersama AmBank Menghiburkan!

    Posted: 28 Nov 2010 06:01 PM PST

    Pemenang pertandingan 'Prince/ Princess Pose' Terbaik dan Pakaian Terbaik Putera/ Puteri.

    KUALA LUMPUR: Lebih 100 orang kanak-kanak terhibur dengan majlis Princess Party dan tayangan istimewa filem Rapunzel anjuran AmBank di GSC, Pavilion, di sini, Ahad.

    Sempena dengan pertandingan AmBank-Disney Magical Adventure, buat julung kalinya, AmBank Berhad telah menjemput seramai 200 orang termasuk pelanggan-pelanggan Saver's G.A.N.G dan peminat-peminat Facebook AmBank Disney Rapunzel ke majlis tersebut.

    Nurul Ain Fatiha, 10, akui majlis ini bukan sahaja menyeronokkan malah dia turut menggemari watak Rapunzel.

    "Cerita Rapunzel best dan kelakar," katanya yang hadir ditemani ibu dan adik-beradiknya yang lain.

    Karikatur.

    Sementara Simarjit Singh, 5, turut menyukai filem tersebut dan mengagumi rambut Rapunzel yang panjang berjela-jela dan kuning keemasan.

    Bagi Baayah Abdullah, 15, adegan Rapunzel mengetahui ahli sihir yang menyamar sebagai ibunya merupakan orang jahat, sangat menyayat hati.

    "Cerita ini seronok tetapi saya turut berasa sedih apabila Rapunzel tahu tentang wanita itu bukanlah ibunya yang sebenar," ujarnya yang sempat mewarnai kukunya di majlis tersebut.

    Antara aktiviti menarik lain termasuklah 'nail art', 'tattoo art', karikatur, sesi bergambar bersama Disney, pertandingan 'Prince/ Princess Pose' Terbaik dan Pakaian Terbaik Putera/ Puteri.

    Kanak-kanak yang hadir dalam majlis ini turut mengenakan pakaian bertemakan putera dan puteri.

    Nail art.

    Pemenang-pemenang Putera dan Puteri mendapat wang tunai bernilai RM500 dalam akaun Savers' G.A.N.G masing-masing.

    Selain itu, kanak-kanak yang hadir menerima set alat tulis AmBank Rapunzel manakala lima hadiah cabutan bertuah turut menerima RM100 wang tunai dalam akaun AmBank Family First atau akaun Savers' G.A.N.G.

    Dalam pada itu, Pengurus Besar, Penyelesaian Deposit dan Pelanggan, Perbankan Runcit, AmBank Berhad, Zarida Jean Noordin berkata, pihak AmBank berasa gembira dapat menganjurkan majlis seperti ini.

    "Majlis ini dilakukan untuk menghargai pemegang-pemegang akaun Savers' G.A.N.G. dan keluarga mereka sebagai aspirasi untuk mengeratkan perhubungan dan talian antara keluarga. Namun kami belum pasti lagi sama ada majlis ini akan dilakukan sebagai acara tahunan atau tidak," ujarnya.

    Tambahnya: "Kami juga menawarkan kepada penyimpan individu AmBank dan AmIslamic baru dan sedia ada untuk memenangi percutian keluarga magikal Disney untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak ke Florida, Paris, Tokyo dan Hong Kong.

    "Juga terdapat dua hadiah mingguan, iaitu kamera digital Canon EOS DSLR dan Canon IXUS. Pertandingan telah dibuka sehingga 31 Disember ini."

    Lara Hati Putri Mardiana Rindukan Anak

    Posted: 28 Nov 2010 06:00 PM PST

    Nina merindui anak-anaknya setelah dua tahun berpisah dengan bekas suami.

    TIDAK pernah terlintas di benak fikirannya untuk menagih simpati atas kekosongan yang menghuni hati apabila berjauhan dengan anak-anak sendiri.

    Jauh sekali untuk pelakon bernama Putri Mardiana ini cuba meraih publisiti murahan menerusi kesedihan yang dicanangkan.

    Namun, itulah kepahitan yang harus ditelan oleh wanita yang mesra disapa Nina ini tatkala berbicara tentang anak.

    Kini selepas hampir dua tahun berpisah dengan bekas suami, Shahnaz Norwawi, naluri keibuannya tidak mampu menangkis kerinduan yang bersarang terhadap Alia Wirdani, 7, Amir Firman, 5 dan Airell Zuhair, 4, yang dijaga oleh bekas mertuanya di Bentong, Pahang.

    "Memang bunyinya klise. Malah, sudah berkali-kali isu ini diluahkan tetapi perasaan rindu terhadap anak-anak saya tidak pernah pudar walau sesaat pun.

    "Bayangkan betapa luluhnya hati setiap kali selepas berjumpa dengan mereka. Sebaknya saya apabila terpaksa menghantar mereka pulang ke Pahang dan berpisah dengan mereka semula. Setiap kali itu juga saya pasti menangis.

    Nina cekalkan semangat dan bekerja-keras demi mengukuhkan kewangannya yang selama ini menjadi faktor pemisah dengan anak-anaknya.

    "Saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana saya bencikan perbalahan. Saya mahu hubungan dengan bekas suami dan mertua terjalin dengan baik demi anak-anak. Cukuplah, jika saya tahu kebajikan anak-anak terbela sekalipun mereka berjauhan dengan saya," katanya.

    Melanjutkan perbualan, Nina mengharapkan agar kes perbicaraan terhadap hak penjagaan anak yang bakal bersidang sedikit masa lagi menyinarkan sedikit harapan buatnya kelak.

    Hingga detik itu, mahu tidak mahu pelakon berdarah kerabat diraja Kelantan ini harus cekalkan semangat dan bekerja-keras demi mengukuhkan kewangannya yang selama ini menjadi faktor pemisah dengan anak-anaknya.

    "Ketika berpisah dengan bekas suami kira-kira dua tahun lalu, kedudukan kewangan saya masih tidak kukuh kerana baru hendak bermula dalam bidang lakonan. Justeru, anak-anak terpaksa diserahkan di bawah jagaan keluarga mertua.

    "Walaupun naluri saya meronta-ronta mahu menjaga anak sendiri biar susah atau senang sekalipun tetapi saya harus realistik dan tidak boleh mementingkan diri sendiri.

    "Kesejahteraan anak-anak adalah keutamaan saya. Mahu tidak mahu saya akur dengan keputusan yang dibuat ketika itu. Cuma saya berharap apabila perbicaraan hak penjagaan anak berlangsung nanti, ada sinar harapan untuk saya," luahnya sayu.

    Kekosongan hati kembali terisi

    Bagai pengubat lara hatinya terhadap anak-anaknya yang jauh di mata, kekosongan jiwa Nina kembali terisi sejak bertemu semula dengan teman lama yang sudah 10 tahun terpisah.

    Hati Nina kini tertawan dengan jejaka berusia 29 tahun.

    Sudah suratan, pertemuannya dengan bekas teman kuliah Mohd Hasnul Amril (Anol) secara tidak sengaja di sebuah restoran kira-kira enam bulan yang lalu memutikkan bibit-bibit cinta buat janda jelita ini.

    "Saya betul-betul tidak sangka, pertemuan saya dengan Anol selepas 10 tahun berpisah membawa makna baru dalam hidup.

    "Sebelum ini, kami pernah berkawan ketika menuntut di Malaysian Institute of Art. Namun, hubungan kami hanya sebagai kawan saja ketika itu. Apabila saya meninggalkan kampus kerana masalah keluarga, kami terus terpisah dan membawa haluan masing-masing.

    "Mungkin sudah suratan, kami bertemu kembali pada Jun lalu dan keikhlasannya menerima saya seadanya membuatkan saya selesa menerimanya," katanya.

    Jelasnya, cinta yang baru bersemi sejak enam bulan lalu itu bukan saja membahagiakannya, malah turut mendapat restu daripada anak-anak dan keluarga.

    "Mungkin kerana keikhlasan kami berkawan, baik keluarga saya mahupun keluarganya merestui hubungan kami. Malah, apabila Anol bertemu dengan anak-anak saya, mereka tidak kekok untuk menyapa Anol dengan panggilan daddy.

    "Melihatkan kemesraan itu, saya percaya anak-anak saya senang untuk menerima kehadiran Anol dalam hidup saya dan mereka," katanya dalam nada ceria.

    Akui bekas pramugari ini, hatinya tertawan dengan jejaka berusia 29 tahun itu kerana keikhlasan dan kematangannya mencurahkan kasih sayang.

    "Saya seorang yang manja, suka dibelai dan diberikan perhatian. Ketika arwah ayah masih ada, saya terlalu rapat dan manja dengannya.

    "Apabila berkahwin, saya dapat bermanja dengan bekas suami pula tapi selepas bercerai saya akui kesunyian dan hilang tempat bermanja.

    "Sejak mengenali Anol, keadaan mula berubah. Saya lihat dia cukup ikhlas mencurahkan kasih sayangnya. Pendek kata, saya bahagia dan gembira di sampingnya," katanya.

    Diusik pula mengenai perancangan untuk mengakhiri status janda yang digalas itu, Nina tidak menolak kemungkinan untuk berumahtangga semula.

    Walaupun pernah kecundang dalam perkahwinan yang lalu, anak ketiga daripada empat beradik ini sama sekali tidak gusar untuk bergelar isteri buat kali kedua.

    "Saya tidak bimbang atau ragu-ragu untuk berkahwin semula seandainya jodoh saya tertulis bersama Anol. Namun, buat masa ini belum ada perbincangan yang serius ke arah itu.

    "Biarlah saya kukuhkan kerjaya dulu kerana terlalu banyak perkara yang ingin dicapai dan begitu juga dengan Anol yang ingin memantapkan lagi perniagaannya.

    "Berdasarkan cerita dan pengalaman orang yang pernah gagal dalam perkahwinan pertama, kebiasaannya perkahwinan kali kedua mereka akan berkekalan. Saya harapkan perkara yang sama andai ada jodoh dengan Anol," katanya.

    Menyelak jurnal seninya pula, aktres yang membina nama menerusi filem Santau (2009) ini mengakui jadual hariannya terus dihujani pelbagai tawaran lakonan.

    Selain kemunculan dalam filem terbaru iaitu Ngangkung yang kini ditayangkan di pawagam, Nina bakal melabuhkan tirai 2010 menerusi filem seram arahan Ahmad Idham iaitu Damping Malam yang menjengah pawagam pada 30 Disember depan.

    Terbaru, Nina kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod Klik arahan Hashim Rejab untuk siaran Astro Ceria (Saluran 611). Selain itu, wajahnya kini boleh ditonton di TV9 menerusi drama Takut Bini Sayang Suami.

    Natrah 2: Antara Penelitian Dan Kehambaran

    Posted: 28 Nov 2010 05:59 PM PST

    Maya Karin (Natrah) dan Remy Ishak (Mansor Adabi) lebih berkesan sebagai penyeri cerita yang mengasyikkan pandangan.

    DUA perkataan yang boleh dirangkumkan selepas menonton teater Natrah musim kedua di Istana Budaya, malam Rabu lalu adalah penelitian dan kehambaran.

    Mungkin kombinasi ini agak canggung bersatu tetapi itulah realiti yang boleh disimpulkan tentang teater arahan Erma Fatima ini.

    Jika dilihat pada satu sisi, kupasan Erma kali ini adalah lebih cermat, teliti dan bijak. Namun, kesan pada penelitian yang dipaparkan itu lantas mengundang kehambaran pada perjalanan cerita yang berlangsung sepanjang lebih dua jam itu.

    Mungkin bagi penonton yang hanya ingin berhibur tanpa mahu dibebankan dengan paparan emosi dan monolog yang sarat dan mendalam, pasti sukar berkompromi dengan aspek itu.

    Namun, tiada apa celanya dengan perincian mahupun kupasan fakta yang dipaparkan itu cuma ia tidak boleh lari daripada satu kesan iaitu hambar dan bosan.

    Babak cemas yang menyaksikan Natrah dipisahkan daripada ibu angkat dan suaminya, Mansor Adabi dalam teater Natrah 2.

    Positifnya Natrah pada kali ini adalah penggunaan props yang lebih besar skalanya. Ia sekaligus memberikan impak lebih dramatik pada persembahan teater ini.

    Penekanan pada beberapa babak monolog sebenarnya memberikan lebih jiwa pada pementasan ini. Babak monolog Natrah pada tiga peringkat usia, monolog Natrah pada usia tua (lakonan Sofea Jane) dan monolog di antara ibu angkat Natrah iaitu Che Aminah (Umie Aida) dan ibu kandungnya Adeline Hunter (Susan Lankaster) menegakkan hak masing-masing terhadap Natrah adalah paparan yang tinggi nilainya.

    Menyentuh aspek lakonan, Umie Aida, Sofea Jane dan Susan Lankaster cukup meyakinkan menerusi penjiwaan watak masing-masing.

    Fizz Fairuz juga layak dipuji kerana penterjemahan yang lantang dan tepat sebagai peguam Ahmad Ibrahim.

    Bagaimanapun, Maya Karin (Natrah) dan Remy Ishak (Mansor Adabi) lebih berkesan sebagai penyeri cerita yang mengasyikkan pandangan.

    Menariknya juga untuk musim ini, penonton turut berpeluang untuk melihat aksi tarian Mansor ketika berdendang ria bersama Natrah. Meskipun Remy tampak pelik ketika menari, namun postur tubuhnya menghayun tari menjanjikan satu hiburan yang istimewa.

    Cuma agak meralatkan apabila nama-nama besar yang dihadirkan bagi menyerlahkan teater musim ini tidak memberikan banyak makna pada Natrah.

    Selain Susan Lankaster yang menggantikan Samantha Schubert untuk watak ibu kandung Natrah, Ziela Jalil sebagai ibu kepada Mansor Adabi dan Fizz Fairuz sebagai Ahmad Ibrahim, muka-muka baru yang lain seperti Liyana Jasmay, Nabila Huda, Aaron Aziz dan Rahim Razali sekadar melengkapkan kembara Natrah kali ini.

    Muka baru seperti Liyana Jasmay sekadar melengkap kembara Natrah kali ini.

    Pementasan Natrah kini sedang berlangsung sehingga 5 Disember depan setiap hari pada pukul 8.30 malam di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur.

    Tiket-tiket yang berharga RM30, RM50, RM70, RM100 dan RM150 boleh dibeli di kaunter box office IB atau menerusi tempahan di laman web 2u.biz. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-40265558 atau layari istanabudaya.gov.my.

    Peserta Kamilah Bintang Berbakat

    Posted: 28 Nov 2010 05:58 PM PST

    Semua peserta Kamilah Bintang teruja bila diberi peluang berjumpa dengan Aizat.

    KETIKA bertemu dengan enam peserta program pertandingan nyanyian, Kamilah Bintang, mereka sibuk dengan sesi latihan vokal di Federal Academy Balet, Petaling Jaya bersama mentor mereka pada minggu ini, Aizat Amdan.

    Enam peserta tersebut adalah Dayang (Dayang Nazilah Awang Astillah), Wani (Syazwani Sapari), Aiman (Mohammad Aiman), Faisal (Raja Mohd Faisal Khairullah Raja Abdul Halim Shah), Farhan (Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi) dan Qistina (Qistina Amira Rohaizad).

    Aizat kelihatan seperti seorang abang yang melayan karenah adik-adiknya pula. Manakan tidak, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk 'berkepit' dengan penyanyi kesayangan mereka.

    Malah, salah seorang peserta, Farhan begitu teruja sehinggakan lututnya menggigil ketika pertama kali melihat kemunculan Aizat.

    "Memang saya tak sangka Aizat berada bersama saya dan rakan-rakan dalam memberi nasihat tentang persiapan mengadakan persembahan pada konsert minggu ini.

    "Sampai kaki terketar-ketar dibuatnya," ujar kanak-kanak kelahiran Pekan Pahang itu.

    Pada sesi bersama mentor itu, sambil bermain piano, Aizat dan peserta-peserta itu menyanyi bersama-sama dan setiap seorang daripada mereka akan bersoal jawab dengan penyanyi itu mengenai teknik nyanyian dan cara lontaran suara.

    Beritahu Aizat, dia gembira dapat menghabiskan masa bersama mereka dan terkejut dengan bakat unik yang dimiliki setiap seorang.

    "Bila melihat mereka dengan sekali pandang, keenam-enam peserta ini hanyalah seorang kanak-kanak yang normal seperti yang lain.

    "Tetapi di sebaliknya pula mereka memiliki faktor 'wow' dalam bidang muzik. Cuma saya risau jika perangai mereka berubah bila dah jumpa dengan orang baru dalam industri. Maklumlah, mana-mana kita pergi, pasti ada orang yang baik dan buruknya.

    "Saya harap mereka perlu ada rasa sifat kebudakan dan jangan hilang sifat itu. Mereka juga memiliki potensi untuk berjaya dalam bidang nyanyian kerana semangat tinggi yang dimiliki," katanya.

    Tambah Aizat, ketika diberi tugasan sebagai mentor buat peserta-peserta tersebut, dia tidak merasakan langsung ada jurang antaranya dan dia dapat melihat antara peserta yang paling menyerlah ialah Dayang yang memiliki suara yang lunak dan memiliki ton suara seperti wanita dewasa.

    "Suara dia sedap gila! Dia begitu 'sempoi' dalam setiap lagu yang dibawakan. Mungkin dia juga ada potensi untuk menang jika kekal dengan gaya persembahan yang tersendiri.

    "Kalau Dayang serius dalam dalam bidang nyanyian, bagus juga dan saya akan menyokongnya. Tapi pastikan akademiknya juga tidak terabai.

    "Secara keseluruhan, saya suka berborak dengan mereka. Saya menganggap mereka juga memiliki pemikiran yang dewasa dan jelas, mereka bijak berkomunikasi," ujarnya lagi.

    Dalam pada itu, keenam-enam peserta ini telah pun bersedia untuk memberi persembahan terbaik untuk minggu ketiga kali ini.

    Menurut Faisal, dia memiliki beberapa tips sebagai persiapan untuk mendapatkan persembahan yang terbaik.

    "Buat masa ini, saya menjaga pemakanan saya seperti mengurangkan makanan yang berminyak, elakkan coklat dan kurangkan ais.

    "Sebelum menyanyi, saya akan memastikan memakan sekeping roti sebagai alas perut ataupun memakan nasi putih berlauk ayam goreng dengan amaun yang sedikit.

    Qistina dan Wani lebih berhati-ati dalam penjagaan vokal agar tidak sumbang ketika menyanyi. Manakala Aiman pula memastikan dirinya tidur secukupnya.

    Keenam-enam peserta bakal bersaing merebut gelaran juara dan beraksi menerusi program Kamilah Bintang pada setiap Jumaat, pukul 5.30 petang menerusi saluran 611 Astro Ceria.

    Juara Kamilah Bintang akan menerima hadiah pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast, Australia sekeluarga, komputer riba VAIO, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Sudffle.

    Bagi naib juara pula akan membawa pulang hadiah pakej percutian ke Taman tema Hong Kong bersama keluarga, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle.

    Manakala tempat ketiga akan membawa hadiah pakej percutian ke Pulau Sentosa Singapura sekeluarga, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle.

    Suria FM Kekalkan Formula Lama

    Posted: 28 Nov 2010 05:57 PM PST

    Antara penyampai Suria FM semasa majlis ulang tahun ketiga Suria FM di Studio V, One Utama pada 24 November lalu.

    SABAN hari dan waktu, stesen radio Suria FM tetap mendapat tempat di hati pendengar dan rakan artis tempatan.

    Biarpun kini menduduki tempat ke-4 antara stesen radio Melayu tempatan manakala tempat ke-6 secara keseluruhannya, Suria FM tidak pernah berhasrat untuk menukar formula yang memartabatkan segenap penjuru muzik tempatan seiring dengan tagline 'Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru'.

    Ditambah pula dengan sokongan penyampai-penyampai yang juga merupakan tulang belakang Suria FM iaitu Halim Othman, Zizi, Myra, Bob, Naim, Linda Onn, Tuah Zoqarnain, Lin, Othoe dan Lotter.

    Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM dan Red FM, Azrul Mohd Nor, stesen radio tersebut sentiasa mementingkan kehendak pendengar dengan sentiasa melakukan kajian.

    "Berdasarkan kajian yang dilakukan baru-baru ini, 1.9 juta pendengar dan artis memberikan respon yang bagus.

    Kehadiran rakan artis turut menyerikan majlis.

    "Jadi, kami akan meneruskan formula menampilkan lagu-lagu artis otai dan yang baru naik serta lebih memantapkan lagi Suria FM pada masa akan datang," katanya di sisi Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah ketika majlis ulang tahun Suria FM ke-3 di Studio V, One Utama, Rabu lalu.

    Tanggal 24 November merupakan tarikh ulang tahun Suria FM.

    Pendengar sasaran stesen radio ini terdiri dari lingkungan umur 18 hingga 35 tahun.

    Setelah pelbagai cabaran yang ditempuhi, Suria FM sudah berjaya menunjukkan pencapaian yang baik sekaligus membuktikan stesen radio ini adalah setanding dengan radio tempatan lain.

    Berdasarkan kaji selidik radio Nielsen kedua 2010, Suria FM merupakan nombor satu dalam peratusan peningkatan jumlah pendengar iaitu peningkatan sebanyak 172 peratus dari tahun ke tahun.

    Segmen Breakfast@Suria bersama Zizi dan Halim serta segmen Suria Drive kelolaan Linda Onn meletakkan Suria FM menjadi nombor satu dalam peningkatan pendengar waktu pagi dan petang jika dibandingkan dengan stesen radio Melayu lain.

    Ketua Pegawai Operasi Suria FM dan Red FM, Azrul Mohd Nor (kiri) dan Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah.

    Tambahnya: "Alhamdulillah, jumlah pendengar semakin meningkat. Kami akan sentiasa mendekati pendengar dan artis dengan melakukan acara-acara tahunan termasuk karnival secara besar-besaran.

    "Bermula Januari tahun depan, kami akan menganjurkan acara-acara yang lebih hebat berbanding tahun lepas dengan mengunjungi bandar-bandar besar seperti sebelum ini. Cuma lokasinya berubah sedikit dan akan ditentukan nanti."

    Stesen radio yang kini menduduki tempat ke-4 dikalangan stesen radio Melayu tempatan juga akan melancarkan pejabat dan studio di Kota Kinabalu pada suku pertama tahun hadapan.

    Seramai lebih 40 artis yang menghadiri majlis ulang tahun Suria FM seperti Sabhi Saddi, Ifa Raziah, Ikhwal, AXL's, Reshmonu, Jay Jay, Azharina Azhar, Farah Ashikin, Elly Mazlein, Tilu, Daus, Farina dan Faradhiya.

    Apa kata artis sempena ulang tahun ke-3:

    Sabhi Saddi.

    Sabhi Saddi:

    "Sambutan ulang tahun Suria FM sangat happening dengan kedatangan ramai artis kerana ini merupakan kali pertama saya menghadiri upacara ini. Tahniah kepada Suria FM kerana telah melakukan yang terbaik. Suria FM banyak melakukan peningkatan dan saya sukakan Suria FM sebab banyak memutarkan lagu lama dan baru."

    Izwan Pilus:

    "Saya doakan tahun ketiga Suria FM lebih mantap. Banyak perkembangan, pembaharuan dan semakin hari pendengar semakin bertambah dari tahun sebelumnya. Untuk ulang tahun ke-3 ini, saya ucapkan selamat menyambut ulang tahun kepada krew, DJ dan belakang tabir Suria FM. Kepada pendengar, teruskan mendengar berita dan hiburan di Suria FM."

    Shila:

    Shila.

    "Setelah tiga tahun, saya rasa Suria FM antara radio yang fast growing, tidak tertumpu kepada satu sasaran pendengar sahaja sebaliknya range pendengar sangat besar. Saya banyak kali terlibat dengan acara yang dianjurkan oleh Suria FM dan mereka banyak menyokong saya. Kami saling bertolak ansur dan memerlukan antara satu sama lain."

    Sale El Sol Taruhan Terbaru Shakira

    Posted: 28 Nov 2010 05:20 PM PST

    SETAHUN berlalu dengan album She Wolf, kini penyanyi Latin, Shakira (gambar) kembali dengan album ketujuhnya, Sale El Sol/ The Sun Comes Out.

    Seperti album-album Shakira sebelum ini, Sale El Sol pasti akan menerima pencapaian anugerah emas dan platinum di seluruh dunia kerana memiliki lagu tema piala dunia FIFA 2010 Waka Waka dalam album tersebut, ia pasti membuatkan para peminatnya membeli album itu dengan mudah.

    Dengan menampilkan sebanyak 15 trek lagu, hanya separuh daripada lagu sahaja yang mampu menjadi hits dan selebihnya, ia sekadar karya muzik biasa.

    Bagaimanapun, yang jelas, Shakira lebih hebat dalam penghasilan album Latin berbanding album Inggerisnya kerana mempunyai kekuatan muzik dan vokal tersendiri.

    Ia tampak lebih semulajadi dan konsep muzik berunsur rock Latin disertai dengan elemen romantik yang dihasilkan begitu sesuai dengan vokal penyanyi kelahiran Colombia itu.

    Walaupun tidak semua lagu yang dihasilkan bagus, pujian perlu diberikan kerana inilah kali pertama Shakira menggubah lagu dan menerbit album tersebut.

    Antara lagu yang mungkin menjadi pilihan pendengar ialah Loca, Rabiosa, Sale Ol Sa, Antes de las seis, Gordita, Waka-Waka, Addicted To You dan Island.

    Menurut Shakira, menerusi temu bual bersama The New York Times, penghasilan album Sale El Sol agak bermakna untuk dirinya kerana setiap lagu mempunyai kaitan dalam kehidupan penyanyi itu.

    "Saya diberi bakat menyanyi dan mencipta lagu, jadi saya menggunakannya sebaik yang mungkin untuk menghasilkan lagu yang terbaik kepada para peminat muzik.

    "Senang kata, setiap lagu dalam album ini ada kaitan dengan hidup saya. Selain itu, baru saya perasan yang lagu Waka Waka (It's Time For Afrika) membuatkan ramai orang menjadikan lagu tersebut sebagai sebahagian daripada hidup mereka.

    "Maksud saya, mereka akan menyanyikan lagu tersebut di mana-mana tidak kira waktu walaupun FIFA sudah lama menutup tirainya pada Julai lalu.

    "Dalam pada itu, saya suka menghasilkan lagu berbentuk nasihat kehidupan seharian kerana ia pastinya penting untuk seseorang mendengar lagu sebegitu untuk menaikkan semangat mereka disaat melalui wkatu kesukaran," katanya.

    Single pertama Loca merupakan sebuah lagu yang agak menarik dan memiliki unsur muzik dance yang catchy, sesuai untuk pendengar muzik remaja masa kini.

    Lain pula bagi lagu Addicted To You, elemen muzik berunsur perkusi membuatkan lagu tersebut lebih meriah.

    Pada pandangan peribadi penulis pula, lagu Devoction yang berunsur alternatif rock agak menarik didengar. Apalagi tambahan muzik gitar eletktrik dan dram membuatkan lagu tersebut cukup sempurna.

    Sementara itu, album Sale EL Sol turut menampilkan penyanyi El Cata (Loca), Calle 13 (Gordita), The xx (Island) dan K-Mix (Waka Waka (Esto Es Africa))

    Lagu pilihan: Loca, Waka Waka (Esto es Africa), Gordita, Rabiosa dan Devoction.

    Kereta dipandu dibaling batu

    Posted: 28 Nov 2010 05:16 PM PST

    BERBAKAT...Wan fokus pada lakonan.
    BERBAKAT...Wan fokus pada lakonan.

    BARU setahun bergelar janda, pelakon yang dikenali dalam drama Tari Tirana, Wan Sharmila Wan Mohamed, 29, mula merasai keperitannya.

    Jika dulu dia ada suami untuk tempat bergantung, tetapi kini semuanya perlu dilakukan sendiri.

    • Foto

      MANTAP...Wan dan Shahz Jazlee dalam drama Tari Tirana.

    • Foto

      WAN...tawaran berlakon bertali arus.

    Akuinya, sejak bercerai, terpaksa belajar hidup berdikari dan ini begitu sukar dirasakannya kerana sebelum ini sudah biasa hidup berumah tangga.

    "Memang ada masalah sedikit bila kita hidup sendiri. Sebelum ini, ke mana-mana lokasi penggambaran memang suami yang menghantar saya. Kini saya memandu sendiri ke lokasi dan tidak ditemani sesiapa."Masalahnya saya fobia memandu kereta sendirian sekarang. Semuanya bermula apabila saya terbabit dalam satu insiden di jalan raya lebih sebulan lalu.


    "Saya masih ingat lagi ketika itu saya memandu jam 4 pagi untuk ke lokasi penggambaran drama bersiri Dendam Maya. Drama arahan Bade Azmi untuk Astro ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Selangor.

    "Saya memang pergi lebih awal ke lokasi kerana saya bimbang sesat dan tidak berjumpa dengan tempat itu. Ketika saya memandu di kawasan hutan yang sunyi menjelang solat Subuh, saya ternampak ada lori yang memberi isyarat dengan lampu suluh. Saya hanya memperlahankan kereta apabila melihat isyarat lampu itu.

    "Tiba-tiba saya ternampak sekumpulan lelaki (lebih dari empat orang) yang tidak dikenali menghampiri kereta. Saya lihat ada orang baling batu dan terkena kereta saya," katanya.

    Wan Sharmila yang mesra disapa Wan berkata, ketika itu, apa yang terus terlintas di fikirannya ialah pembunuhan kejam ahli perniagaan terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya di mana mayatnya dibakar dalam ladang kelapa sawit dan abunya dibuang ke sungai.

    "Saya pun terus memecut kereta dengan laju kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan saya.

    "Saya menangis apabila mengenangkan nasib diri dan tubuh pun menggigil ketika itu. Saya pun terus memandu menuju ke kawasan masjid berhampiran untuk menenangkan fikiran.

    "Terus-terang, saya berasa fobia untuk memandu kereta sendirian di kawasan sunyi seperti itu pada waktu malam. Barulah saya sedar betapa sukarnya hidup tanpa suami di sisi," katanya.

    Wan dan bekas suaminya, penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom, 38, sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Johor Bahru pada 23 Oktober 2009.

    Perkahwinan dibina selama tiga tahun, tidak dikurniakan cahaya mata.

    Kata Wan, hubungannya dengan bekas suami masih baik sampai sekarang kerana mereka berpisah secara baik.

    "Saya dapat tahu bekas suami juga belum bertemu pengganti lagi. Saya juga tidak terfikir untuk kami berbaik semula kerana kami memang ditakdirkan untuk menjadi kawan saja.

    "Saya juga bebas untuk berkawan dengan siapa yang saya suka begitu juga dengannya. Kalau boleh, saya tidak mahu mencari calon suami bukan daripada kalangan artis," katanya.

    Akui Wan, dia masih belum bertemu pengganti untuk mengisi kekosongan hidupnya. Apabila berkawan dengan seseorang, hatinya masih berasa takut jika orang itu benar-benar serius atau tidak hendak berkahwin dengannya.

    "Mungkin sebab saya bimbang pisang berbuah dua kali. Apapun, saya memang sudah bersedia hendak kahwin lagi kerana memikirkan usia yang akan mencecah 30 tahun pada tahun depan," katanya.

    Wan Sharmila sibuk berlakon

    MENGENAI perkembangan karier seni pula, Wan yang sudah tiga tahun berlakon mengakui tawaran berlakon tidak pernah putus sejak dia bercerai.

    "Saya bersyukur kerana orang masih beri kepercayaan sampai sekarang. Sebenarnya, bukan saya yang hendak tampil dengan imej seksi dalam drama sebaliknya pengarah yang minta saya tampil dengan imej seperti itu. Kalau boleh saya tidak mahu tampil seksi sangat," katanya.

    lakonan terbarunya dapat disaksikan melalui telefilem Aku, Kau, dan Dia untuk TV9.

    Katanya, siri itu mencabar dirinya kerana ceritanya mengisahkan cinta tiga segi antara Borhan, Ayu dan Fariz. Telefilem arahan M Hitler ini turut dibintangi Wan Elyas dan Ryzal Jaffar.

    "Cabarannya ialah saya perlu bawa watak Ayu yang berusia 17 tahun. Saya perlu patah balik ke zaman 10 tahun lalu dan menjadi budak sekolah.

    "Bagi menunjukkan imej budak sekolah, saya pastikan aspek penampilan dari segi pakaian. Pengarah drama ini juga beritahu saya tidak perlu buat-buat untuk menjadi budak sekolah dan hanya menjadi diri sendiri. Mungkin kerana fizikal saya yang kecil saya mudah untuk nampak seperti budak sekolah," katanya.

    Selain itu, kata Wan, wataknya dalam telefilem Teh O Ais Limau arahan Along Kamaludin juga memberi pengalaman berbeza buatnya.

    Teh O Ais Limau menceritakan remaja iaitu Nurul yang bekerja di kedai DVD. Nurul menunggu keputusan STPM dan bercita-cita melanjutkan pelajaran di universiti.

    Kamal dan Nurul sering berjumpa di kedai Rahman dan kebetulan pula minuman kesukaan mereka adalah Teh O Ais Limau. Telefilem komedi ini dibintangi Zul Huzaimy, Almy Nadia, Roy Azman dan Zaryn Min.

    Drama lakonannya, Tipah Vavavoom pula disiarkan di Slot Senda pagi di TV3.
    Sharmila juga menjadi pengacara program dokumentari klik Klik Asean untuk RTM.

    PROFIL
    NAMA PENUH: Wan Sharmila Wan Mohamed
    NAMA KOMERSIAL: Wan Sharmila
    TARIKH LAHIR: 12 Oktober 1981
    UMUR: 29 tahun
    ASAL: Johor Bahru, Johor
    KERJAYA: Pelakon dan pengacara
    STATUS: Janda
    DRAMA BERSIRI: Riang Tirana, Sindarela, Kisah Kaisara 1 & 2, Tipah Vavavoom, Emil Emilda, Bujang Antik, Sutun, Kembali Lagi, Rona Roni Makaroni, Rebab Tak Bertali, Dendam Maya

    Marah benar suami curang

    Posted: 28 Nov 2010 05:12 PM PST

    SABAK BERNAM: Seorang isteri diceraikan dengan talak tiga melalui SMS selepas mengadu kepada ketua kampung mengenai tingkah laku suaminya yang membawa pulang wanita lain ke rumah untuk melakukan maksiat.

    Lebih malang, ketika membawa pulang teman wanita itu, isteri berkenaan bersama tiga anaknya berada di rumah dan melihat tingkah laku lelaki terbabit.


    Isteri berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 29, berkata bukan sekali, malah banyak kali suaminya berkelakuan sedemikian dan jika ditegur, suaminya itu akan memukulnya dan anak-anak dan lapan laporan polis dibuat berhubung kejadian dera itu.

    Berikutan tidak tahan dengan perilaku suaminya, dia membuat aduan kepada ketua kampung meminta menasihati suaminya itu.


    Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan suaminya berang dan tidak lama kemudian dia menerima SMS daripada suami yang menceraikannya dengan talak tiga.


    "Kejadian berlaku sebulan lalu, kira-kira jam 10.30 malam, suami saya yang juga seorang anggota tentera membawa pulang seorang wanita berusia 21 tahun yang didakwa adik angkatnya."Saya sudah tidak sedap hati apabila melihat perilaku suami yang berpelukan dengan 'adik angkat' itu di depan mata dan percaya mereka ada hubungan sulit.


    "Isteri mana yang sanggup melihat suami melakukan maksiat di depan mata. Ketika itu hancur luluh hati saya. "Malah, anak saya turut melihat perbuatan ayah mereka itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, baru-baru ini.

    Kes cerai itu katanya dirujuk ke Mahkamah Rendah Sungai Besar, di sini, dan mereka disahkan bercerai pada 10 November lalu.


    Menurutnya, pernah sebelum ini dia menegur tindakan suaminya yang gemar bertukar wanita dan akibatnya dia diterajang tanpa belas kasihan.


    "Saya akan disepak terajang, diketuk seluruh badan dengan tukul besi setiap kali menegur perbuatan terkutuknya yang gemar membawa kekasih ke rumah kami.


    "Bukan saya saja menjadi mangsa, malah dua anak kami yang masih kecil menerima nasib sama," katanya menceritakan nasibnya yang mendakwa sering dipukul suami jika menegur perbuatan suaminya membawa pulang wanita ke rumah sejak berkahwin 11 tahun lalu.


    Menurutnya, disebabkan itu, kedua-dua anaknya yang berusia lapan dan sembilan tahun kini trauma.


    "Kerana tidak tahan dengan pukulan dan hinaan suami yang memukul kami anak beranak, saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar dan lebih lapan laporan sudah dibuat, tetapi tiada tindakan diambil ke atas bekas suami saya itu," katanya.


    Hasil perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun yang kini menghidap penyakit paru-paru berair.


    Katanya, walaupun baru berstatus janda, tetapi dia reda kerana terselamat daripada menjadi mangsa belasahan suami.


    "Walaupun suami sudah keluar dari rumah, tetapi dia meninggalkan hutang along berjumlah RM15,000 menyebabkan saya kini ketakutan jika samseng datang ke rumah mencari suami saya. Dulu, kami pernah berpindah rumah kerana tidak tahan menjadi buruan along. Kini tak tahu apa pula yang akan berlaku," katanya.


    Siti berkata, kini hidupnya cuma untuk tiga anaknya dan akan cuba membesarkan mereka menjadi insan yang berguna.


    Selain itu, anak sulung Siti Aishah terpaksa berhenti sekolah kerana ingin membantunya menjaga dua adiknya. "Anak bongsu saya yang berusia dua tahun terpaksa dijaga rapi kerana menghidap penyakit paru-paru berair dan perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan setiap bulan," katanya.


    Beliau yang tidak bekerja kini buntu dan berharap sumbangan orang ramai yang simpati terhadap nasibnya. Mereka yang bersimpati boleh menghubunginya di talian 012-9433226.

    Keldai dadah RM1 juta

    Posted: 28 Nov 2010 05:09 PM PST

    PERIKSA...kastam Indonesia memeriksa beg dibawa Anthony, Sabtu lalu.
    PERIKSA...kastam Indonesia memeriksa beg dibawa Anthony, Sabtu lalu.

    KUALA LUMPUR: Seperti tidak pernah serik apabila seorang lagi lelaki warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas dipercayai diupah menjadi keldai dadah untuk menyeludup syabu ke negara berkenaan bernilai lebih RM1 juta.

    Suspek yang dikenali sebagai Anthony, 24, mendakwa diupah lebih RM5,000 untuk menjalankan tugas maut terbabit dengan menyeludup dadah yang disembunyikan di dalam beg.


    Sumber polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, berkata suspek warga Malaysia berkenaan ditahan pihak berkuasa lapangan terbang bandar Udara Juanda Surabaya, jam 11.45 malam Sabtu lalu.

    Menurutnya, pihak keselamatan lapangan terbang Surabaya bagaimanapun mengesyaki tindak-tanduk suspek yang mencurigakan sebelum menahannya untuk pemeriksaan lanjut.


    "Lebih menghairankan petugas lapangan terbang apabila mendapati suspek tidak membawa beg pakaian besar sebaliknya mengepit beg tangan kecil dan menemui satu bungkusan aluminium yang disembunyikan di dalamnya. "Hasil pemeriksaan menemui serbuk dipercayai syabu seberat satu kilogram," katanya.


    Menurutnya, hasil soal siasat, suspek mengaku diarah sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup dadah berkenaan ke Surabaya dengan upah lumayan."Difahamkan, suspek diarah menyerahkan dadah terbabit kepada seorang wanita bernama Devi di Jakarta, Indonesia sebelum diberikan upah dijanjikan. Susulan penahan itu, suspek berdepan hukuman mati atau dipenjarakan 20 tahun di negara terbabit," katanya.


    Sementara itu, Timbalan Pengarah 1, JSJN Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Othman Harun, berkata pihaknya sentiasa memandang serius apa juga bentuk jenayah dan cubaan oleh sindiket tempatan mahupun antarabangsa yang cuba menjadikan negara ini sebagai transit pengedaran dadah.

    Menurutnya, walaupun nilai rampasan dadah dan tangkapan meningkat sejak dua tahun lalu, namun sindiket terbabit sentiasa mengubah modus operandi dengan menggunakan lelaki atau gadis warga asing sebagai keldai dadah.

    Sasar 3,000 tauke Sudut Ayamas

    Posted: 28 Nov 2010 05:06 PM PST

    SERAH...Naib Presiden Eksekutif Pembangunan dan Perniagaan JCorp, Abdul Rahman Sulaiman (kiri) menyampaikan set Ayamas kepada  Usahawan Bistari Ayamas dalam program Usahawan Bistari di Sungai Petani, kelmarin.
    SERAH...Naib Presiden Eksekutif Pembangunan dan Perniagaan JCorp, Abdul Rahman Sulaiman (kiri) menyampaikan set Ayamas kepada Usahawan Bistari Ayamas dalam program Usahawan Bistari di Sungai Petani, kelmarin.

    KFC Holdings (Malaysia) Berhad menyasar melahirkan sekurang-kurangnya 3,000 pengusaha melalui model perniagaan Sudut Ayamas yang dikhaskan untuk ibu tunggal dan suri rumah berpendapatan rendah menjelang 2014.

    Pengurus Besar KFC Marketing Sdn Bhd, Nasharuddin Shukor berkata, inisiatif itu yang sebahagian daripada Program Pembangunan Usahawan Bistari Ayamas, dimulakan sejak September tahun lalu dan ketika ini mempunyai 206 pengusaha.

    Menurutnya, model perniagaan itu terdiri daripada sebuah peti sejuk beku berserta rak pameran yang akan ditempatkan di rumah pengusaha terbabit.

    "Produk Ayamas yang ditin dan dibotolkan akan diletak pada rak pameran manakala produk sejuk beku 'Ayamas Pek Jimat' diletak dalam peti sejuk beku."Kalau mengikut perancangan, sehingga tahun ini kita mahu lahirkan 400 pengusaha. Tahun depan tambahan 500 pengusaha. Tahun 2012 tambahan 500 lagi pengusaha. Tahun 2013 kita mahu tambah 1,000 lagi pengusaha baru dan 2014 tambah 1,000 lagi," katanya pada Program Usahawan Bistari 2010 peringkat Zon Utara Alor Setar, kelmarin.


    Program Usahawan Bistari anjuran bersama Johor Corporation dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). Ia dimulakan bagi Zon Selatan Mei lalu, diikuti Zon Tengah pada 20 dan 21 November.

    Nasharuddin berkata, program itu dikhususkan kepada suri rumah dan ibu tunggal dengan pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan dan dimulakan di Johor sebelum diperluas ke Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

    4 wanita yang ditinggal William

    Posted: 28 Nov 2010 05:05 PM PST

    SEHATI SEJIWA...Kate dan William ketika mengumumkan pertunangan mereka, minggu lalu.
    SEHATI SEJIWA...Kate dan William ketika mengumumkan pertunangan mereka, minggu lalu.

    Pengumuman pertunangan Putera William dan Kate Middleton disambut dengan gembira rakyat Britain tetapi bagi beberapa gadis yang pernah menjadi teman wanita putera itu ketika zaman remajanya, mereka mungkin tertanya-tanya mengapa Kate yang menjadi pilihan hati pewaris takhta Britain itu.

    Rose Farquhar

    • Foto

      Rose Farquhar

    • Foto

      Jecca Craig

    • Foto

      Olivia Hunt

    • Foto

      Isabella Anstruther-Gough-Calthorpe

    Wanita berusia 26 tahun yang bakal menjadi aktres ini mencuri hati William ketika dia meninggalkan Kolej Eton pada musim panas 2000.

    William dan Rose, anak Kapten Ian Farquhar, pemilik estet Beaufort Hunt adalah rakan baik sejak kecil.Rose yang gagal mendapat tempat dalam acara akhir program realiti TV, How Do You Solve A Problem Like Maria? terbitan Andrew Lloyd Webber melanjutkan pe�ngajian di sekolah lakonan Institut Lee Strasberg di New York dan sudahpun merakamkan album solo.



    Jecca Craig

    William amat terpikat de�ngan kecantikan gadis berambut hitam ini ketika mereka bertemu pada usia 16 tahun. Sewaktu William pulang daripada berkunjung ke kediaman keluarga Jecca di Lewa Downs, Ke�nya mereka pura-pura mengikat tali pertunangan.

    Jecca, 28, kini menjadi pe�ngurus perancang majlis. Dia memutuskan pertunangannya dengan teman lelakinya, Hugh Crossley, pengarah syarikat pelaburan, Equitix tahun lalu. William masih mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Jecca hingga sanggup tidak menghadiri perkahwinan sepupunya, Peter Phillips ke�rana menghadiri majlis perkahwinan abang Jecca, Batian pada 2008.


    Olivia Hunt

    Olivia menjalin hubungan singkat dengan William di Universiti St Andrews tetapi percintaan mereka terkandas selepas kemunculan Kate.

    Ketiga-tiga mereka kekal berkawan dan pernah bermain ski bersama-sama di Klosters. Olivia, 28, kemudian menjadi teman wanita William van Cutsem, anak kepada rakan Putera Charles, Hugh tetapi hubungan itu tidak berkekalan.


    Isabella Anstruther-Gough-Calthorpe

    William dikatakan mabuk asmara dengan aktres ini. Satu sumber melaporkan pasangan itu berbual sepanjang malam di parti tari-menari pada 2004 hingga menyebabkan Kate cemburu lalu bersemuka de�ngan putera itu bagi mendapat kepastian mengenai hubungannya dengan William. Namun, keadaan berubah selepas putera itu dan Kate kembali menjalin hubungan.

    Isabella, 30, kemudian menjalin hubungan dengan rakan William iaitu Sam Branson, anak jutawan Richard Branson tetapi hubungan mereka putus pada musim panas lalu. Isabella kini berpacaran dengan pelakon dan juga rakan ketika zaman kanak-kanaknya, Sam Hoare.

    Cinta alam bermula sejak kecil

    Posted: 28 Nov 2010 05:02 PM PST

    SERBA MENGHIJAU...pokok sering membuat dirinya teruja.
    SERBA MENGHIJAU...pokok sering membuat dirinya teruja.

    TUN Jeanne Abdullah menyambut kami sebelum meminta diri mahu bersiap. Sambil menung�gu, kami dihidangkan makanan.

    Tidak sangka, hari itu dapat menikmati makanan kegemarannya dan suami iaitu bubur tepung.

    • Foto

      JEANNE...aktiviti menanam pokok antara cara rapatkan hubungan keluarga.

    • Foto

      SIAPA SAJA BOLEH MENANAM...bagi Jeanne, tidak perlu tangan yang subur untuk bercucuk tanam.

    • Foto

      HIJAUKAN BUMI...Jeanne menanam pokok pada satu acara di Kota Iskandar, Nusajaya, Johor. Kiri sekali, Abdullah. Gambar dirakam pada November 2009.

    • Foto

      WARNA-WARNI...Jeanne memperkatakan sesuai dalam satu acara di Taman Seribu Bunga di Ayer Keroh, Melaka. Gambar dirakam pada Ogos 2009.

    Masih ingat lagi pada pertemuan kami dengannya setahun yang lalu, menu bubur tepung inilah yang disebutnya sebagai makanan yang 'biasa-biasa' yang suka dinikmati bersama suami, kini mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah bersara.

    Terus-terang, bukan sahaja penulis, tetapi ramai rakan yang tidak tahu mengenai bubur tepung."Bagaimana bubur?" tanya Jeanne sebaik turun semula menemui kami.


    Semua yang ada di meja makan kekenyangan kerana kesedapan bubur itu.

    "Inilah makanan yang bagi saya 'biasa-biasa' saja, yang saya dan suami gemari. Ia sekadar tepung yang diricih, sama seperti kuih gunting, kemudian dimasukkan ke dalam sup kuah udang. Ada persamaan dengan masakan Cina, tetapi rasanya berlainan," katanya.

    Ia hidangan tradisi Jeanne sekeluarga dan sambal yang dihidang bersama bubur itu sangat sedap rasanya kerana ia berencah udang kering. Bawang merah goreng dan bawang putih goreng penambah rasa. Hirisan limau adalah pilihan, tetapi setelah memerahnya, rasa masam sungguh menyegarkan.

    Kami ke ruang bersebelahan ruang makan tadi, ia lapang dan terang kerana berdinding kaca.

    Kata Jeanne, ia tempat kegemaran anak cucunya bersantai. Ada buaian bulat yang menarik perhatian kerana ia berwarna jernih.

    Kami nampak budak kecil lelaki datang, bersalam, kemudian hilang bermain di kawasan rumah yang menghijau. Rupa-rupanya itu anak Nori Abdullah Badawi dan Khairy Jamaluddin. Cucu kesayangan itu bermain riang sekali.

    Jeanne membetulkan duduk dan penulis perasan busana yang dikenakannya amat menarik. Baju berpotongan Kedah, tetapi tengkuknya pula ala Mandarin. Kombinasi yang kreatif.

    "Asalkan ia nampak elok pada saya dan ala Malaysia, saya tidak cerewet. Selalunya adik dan anak saya yang mereka pakaian saya kerana saya sendiri memang tiada masa untuk itu," katanya.

    Jeanne memang suka bersederhana baik daripada segi pakaian dan perhiasan yang dipakainya.

    Hari itu dengan perhiasan rantai dan gelang mutiara, Jeanne tampil anggun membuatkan kita rasa selesa bersamanya.

    Ruang sekeliling rumah Jeanne yang menghijau menjadi bukti utama ciri-ciri yang ada pada orangnya. Tentu saja dia seorang yang amat menghargai kehijauan.

    "Saya banyak dipengaruhi oleh ibu bapa saya terutama mengenai kecintaan kepada alam dan pohon menghijau. Dahulu kami tinggal di Petaling Jaya dan ibu bapa mendidik kami adik-beradik menanam pokok dan menghargai apa yang kami tanam.

    "Begitu juga keakraban antara keluarga. Ibu bapa memastikan makan malam mesti bersama. Janganlah cakap tak lapar dan tak mahu makan. Makan sikit pun tidak mengapa. Kalau tidak mahu makan mereka akan tanya, mengapa? Sakitkah?" kenang Jeanne pada zaman kanak-kanaknya yang indah.

    Mengimbau kenangan lama, Jeanne dan tiga adik�nya kadang-kadang sekadar berkelah di luar rumah mereka sendiri. Ia acara luar rumah yang sangat mereka gemari. Emak akan memantau dari jauh dan mereka adik beradik bermain bersama-sama.

    Semua adik-beradik Jeanne memang mencintai kehijauan kerana dilatih begitu oleh ibu bapa mereka.

    "Masih ingat lagi bagaimana bapa mengajar menanam dan cara menjaga pokok. Membalut pokok pun diajar. Waktu itu kami pernah menanam belimbing besi, pokok nona, tembikai dan banyak lagi.

    "Hujung minggu adalah waktu bersama keluarga, kami menanam pokok bersama, emak menyiram bunga dan bapa memotong rumput," katanya.

    Bermakna acara keluarga Jeanne tidak perlu berjalan jauh atau ke tempat lain sebaliknya di kawasan rumah mereka sahaja.

    "Untuk merapatkan hubu�ngan sesama keluarga, ibu bapa membawa anak-anak ke taman berdekatan pun tidak mengapa, tidak perlu jauh-jauh kerana kita tahu zaman ini ibu bapa sentiasa sibuk. Namun luangkan juga masa bersama keluarga.

    "Walau pun hanya bawa bihun atau biskut, percayalah, anak-anak akan rasa sedap kerana suasana yang lain daripada biasa," katanya.

    Harinya sentiasa sibuk walau katanya tidak sesibuk dahulu ketika suaminya masih perdana menteri.

    Beliau kini tampak tidak menonjolkan diri namun kerja kemasyarakatan tidak pernah lekang dari hati.

    "Saya orang yang tidak tahu duduk diam. Sentiasa ada program. Contohnya bersama Landskap Malaysia dan Sekretariat Malaysia Prihatin.

    "Tidak semuanya apa yang saya lakukan bersama pertubuhan itu perlu diumumkan selalu kepada masyarakat, tetapi bagi kes Landskap Malaysia kami rasa perlu mewujudkan kesedaran berterusan terutama kepada kanak-kanak.

    "Kenapa kita perlu mempunyai pokok? Kenapa pokok penting kepada kita? Pendek kata bukan hanya pada kanak-kanak, tetapi kepada semua orang juga.

    "Kami harap orang ramai menyokong usaha ini dan bersama kami menjayakan�nya," katanya.

    Peringat Jeanne, tumbuh-tumbuhan bukan hanya mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida, tetapi terlalu banyak kegunaan lain seperti untuk perubatan, keteduhan dan makanan.

    "Ramai yang tak tahu, ada banyak ubat dalam hutan atau pun sekadar kebun kita. Jadi jagalah bumi dan kehijauan bukan untuk diri sendiri, tetapi kepada anak cucu kita nanti.

    "Masyarakat perlu sedar betapa perlunya kita menambah jumlah pokok di Malaysia," katanya.

    Selain mengekalkan kehijauan, saling berkait rapat de�ngannya ialah mengitar semula terutama sekali penggunaan plastik.

    Plastik sukar dihapuskan dan memerlukan beribu-ribu tahun untuk lupus dan sekiranya hendak menghapuskannya, ia perlu dibakar dan akan membebaskan gas yang berbahaya.

    "Plastik memang pernah membuat hidup kita senang, tetapi dengan keadaan sekarang, dengan segala kesedaran mengenai mengekalkan alam sekitar, gunalah plastik dengan berhemah. "Kitar semula plastik seboleh mungkin atau lebih baik lagi jika jangan guna terus.

    "Waktu membeli-belah atau ke pasar, bawa beg atau bakul sendiri, itu lebih baik untuk dijadikan kebiasaan. Dahulu begitulah gaya hidup orang kita, tetapi sekarang kita semakin terbiasa dengan 'kesenangan' plastik ini.

    "Di Malaysia kita sangat mewah dan dimanjakan. Emak saya pernah berkata Malaysia ialah negara yang penuh de�ngan susu dan madu. Semua orang hidup senang dan sekarang hendak menumbuk, orang pakai pengisar elektrik.

    "Tapi nampaknya kita semua sedar dan mengakui buat sambal belacan pakai lesung batu juga yang sedap. Jadi, ciri-ciri tradisional perlu dikekalkan dan hasilnya lebih baik untuk kita juga," katanya.

    Bagi mereka yang tidak suka berkebun atau menanam bu�nga, cubalah memupuk minat itu walau bermula dengan kecil-kecilan dahulu.

    "Tanam sepasu dua dan lihat sendiri perkembangan pokok itu. Daripada ia kecil kemudian membesar, kita akan dapat rasa kepuasannya. Saya juga selalu ingatkan, sekiranya makan rambutan dan durian, ketika hendak membuang biji�nya fikir banyak kali dahulu.

    "Fikir 20 kali pun tidak me�ngapa kerana melalui biji itu kita boleh tanam dan akan tumbuh pokok yang sama. Bila ia besar kita boleh makan buahnya, sekiranya kita tak boleh makan orang lain boleh makan. Sekiranya orang pun tidak makan, binatang-binatang boleh makan. Bukankah itu pahala namanya.

    "Cuba tanam walau sekadar cili padi sahaja. Sama ada untuk makan sendiri atau boleh disedekah pada jiran tetangga. Sekiranya banyak boleh jual dan dijadikan pendapatan. Walaupun tinggal di rumah pangsa sekali pun, tanam di dalam pasu pun boleh.

    "Ada pokok atau bunga-bu�ngaan dalam rumah, kita akan rasa teduh dan nyaman, sejuk mata memandang," katanya.

    Bercerita mengenai kebiasaannya, pokok sentiasa menjadi sesuatu yang membuat dirinya teruja.

    "Setiap pagi, selepas Subuh, buka tingkap saja terus tengok pokok bunga sekitar dan tahu ada tangkai baru yang baru tumbuh atau ada bunga yang baru berkembang. Rasa teruja sukar digambarkan, suami pun sama dan kami sama-sama tengok bersama segala keindahan kehijauan yang ada di sekitar kami," katanya lagi.

    Selalu orang kata untuk bercucuk tanam perlu mempu�nyai tangan yang subur (green fingers), tetapi Tun Jeanne menafikannya.

    "Saya tidak mempunyai 'green fingers' dan tangan saya agak panas, tetapi minat dan kasih yang mendalam pada pokok yang membuat�kan segalanya menjadi. Semuanya kerana kehendak saya sendiri dan saya yakin semua orang pun begitu," katanya.

    Maka tiada alasan kita tidak menanam sebatang pokok pun kerana kita semua perlu peka pada apa yang bakal menimpa negara kita di masa depan. Negara kita tanpa pokok? Memang sungguh menakutkan.

    "Banyak kelebihan apabila kita bercucuk tanam. Apabila masak sayur daripada hasilan sendiri, kita rasa puas hati. Saya sendiri seronok apabila makan sayur sendiri.

    "Banyak yang saya tanam antaranya sawi, bendi, tomato, cili padi dan sekarang hendak mula menanam pokok herba pula.

    "Kalau boleh saya mahu setiap keluarga menanam satu pokok bersama. Bersama-sama datuk, nenek dan sekeluarga bersama cucu cicit pun tidak apa. Ia jadi acara keluarga yang merapatkan hubungan selain sama-sama menyayangi kehijauan.

    "Biarkan pokok itu nanti diingati oleh anak cucu kita dan mereka akan tahu betapa pentingnya pokok itu pada kita semua.

    "Kalau orang tak suka pokok dan tumbuh-tumbuhan saya rasa sedih dan hairan kerana ia sangat penting dan berguna pada kita. Ibu bapa kena ajar anak-anak supaya tahu kepentingan kehijauan pada dunia kita.

    "Gunakan juga aktiviti menanam pokok bersama anak-anak sebagai cara merapatkan hubungan. Percayalah mereka akan teruja setiap kali melihat anak daun mula keluar dari batang dan mahu melihat ia terus membesar dan subur menghijau," katanya.


    INFO

    > Tun Jeanne Abdullah anak sulung daripada empat beradik. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Mene�ngah Assunta, Petaling Jaya.

    Mempunyai pengalaman yang amat luas di bidang perhotelan. Jeanne menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri mantan Perdana Menteri sehingga Mac 2009.
    Jeanne mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Nadiah Kimie dan Nadene Kimie.

    Selepas persaraan Tun Abdul�vlah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, Jeanne terus aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan memegang jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan seperti Pengerusi Sekretariat Malaysia Prihatin, Pengerusi Landskap Malaysia, Penaung Majlis Paralimpik Malaysia, Canselor Universiti Terbuka Malaysia dan Pengerusi Dana Kemanusiaan untuk Kanak-kanak Gaza.

    Konflik sekolah, ibu bapa dan PIBG

    Posted: 28 Nov 2010 04:48 PM PST

    KONGSI...penubuhan PIBG memberi peluang kepada ahli untuk menangani sesuatu isu.
    KONGSI...penubuhan PIBG memberi peluang kepada ahli untuk menangani sesuatu isu.

    DEWASA ini pemba�bitan ibu bapa dalam menyokong pendidikan anak agak mengecewakan kerana hanya mengharap�kan bantuan sekolah dan guru bagi merencanakan kecemerlangan pelajar.

    Sebahagian besar ibu bapa bersikap lepas tangan dan menggunakan alasan sibuk setiap kali ada aktiviti membabitkan pendidikan anak mereka di sekolah.

    • Foto

      HARAPAN MASA DEPAN...pelajar adalah aset berharga negara.

    • Foto

      TANGGUNGJAWAB BERAT...sokongan ibu bapa, PIBG dan sekolah mampu merealisasikan kejayaan pelajar.

    • Foto

      BERJAYA...pelajar yang mendapat sokongan ibu bapa mampu menjadi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

    • Foto

      LUAHAN PANDANGAN...perjumpaan PIBG menjadi medan terbaik ibu bapa meluahkan pandangan.

    • Foto

      PEKA...ibu bapa perlu sentiasa berbincang menggunakan saluran yang sudah tersedia.

    Bagaimanapun, mereka marah dan melenting jika anak tidak mendapat keputusan cemerlang atau terbabit dalam masalah sosial.

    Akibatnya, masing-masing menyalahkan antara satu sama lain, malah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut menerima tempias.Apakah hubungan tidak harmoni ini menggambarkan kepincangan perhubungan antara masyarakat luar dengan institusi pendidikan serta PIBG?


    Pengerusi PIBG SMK Datuk Syed Omar, Alor Setar, Kedah, Fuad Razali, berkata sikap ibu bapa sentiasa lepas tangan dalam mengelolakan pendidikan anak menyebabkan wujud konflik.

    Beliau berkata, memang sekolah sebagai institusi untuk semua, tetapi ia turut memerlukan sokongan pihak lain termasuk ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan pendidikan.

    "Malangnya ini tidak berlaku kerana kebanyakan ibu bapa lepas tangan dan enggan memikul tanggung jawab bersama.

    "Sikap ini akan merosak dan membantutkan usaha merencanakan kecemerlangan pelajar pada masa depan.

    "Ia juga tidak adil kerana �hanya satu pihak bertungkus-lumus merealisasikan misi kecemerlangan sedangkan yang lain bersenang lenang dan gemar 'mengarah.'

    "Perbalahan tidak menyelesaikan masalah sebaliknya menyebabkan keadaan lebih kusut," katanya.

    Katanya, dalam kemelut sekolah dan ibu bapa, PIBG sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah, tetapi keberkesanan fungsi persatuan itu kurang menyerlah kerana ibu bapa tiada prihatin.

    "Ibu bapa menganggap PIBG persatuan 'tempelan' yang mempunyai fungsi terhad.
    "Tanggapan salah merosakkan nama PIBG sebagai sebuah persatuan paling penting
    di sekolah.

    "Fungsi PIBG menyeluruh, tetapi bukan bermaksud mencampuri urusan pentadbiran sebaliknya bersikap proaktif bagi melancarkan urusan ibu bapa, pelajar, guru dan sekolah," katanya.

    Tafsiran kurang tepat PIBG turut mencetuskan konflik dingin antara ibu bapa, pelajar serta guru hingga menerbit rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

    Ada ibu bapa langsung tidak memberi sokongan apabila diadakan perjumpaan, tetapi menuding jari jika timbul masalah.

    "Ada pula asyik membang�kang meskipun program bakal diadakan memberi kebaikan kepada pelajar.

    "Inilah dilema PIBG dan sekolah sehingga membantut segala perancangan untuk kebaikan pelajar dan sekolah.

    "Apabila tiada hubungan baik, pelajar menjadi mangsa manakala guru sukar berkomunikasi atau berkongsi pendapat mengenai pencapaian anak.

    "Bukankah ini satu kerugian," katanya yang mengakui sikap culas sebahagian besar ibu bapa menimbulkan rasa rendah diri terhadap pelajar.

    Menurutnya, apabila timbul konflik, PIBG boleh bertindak sebagai orang tengah, tetapi ibu bapa jarang memberi sokongan.

    "Saya berharap ibu bapa lebih proaktif dalam PIBG supaya penyebaran maklumat mengenai perkembangan diri pelajar boleh dikongsi," katanya.

    Presiden Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, Datuk Azam Md Atan, berkata fenomena PIBG tidak mendapat sambutan bukan luar biasa bukan perkara baru.

    Beliau berkata, meskipun sekolah melakukan pelbagai cara, sikap ibu bapa yang kurang mengendahkan kepentingan peranan PIBG menyebabkan persatuan itu terpinggir.

    "Fenomena ini melanda kebanyakan sekolah. Meskipun pelbagai cara dilaksanakan, sikap ibu bapa menggagalkan usaha berkenaan.

    "Lebih mengecewakan ada ibu bapa membuat tuduhan liar PIBG hanya tahu meminta derma sehingga menjejaskan hubungan semua pihak," katanya.

    Beliau yang juga pengetua SM Sains Rembau, Negeri Sembilan yakin masih ada solusi merapatkan hubungan sedia ada, antaranya sekolah perlu aktif menganjurkan pelbagai acara.

    "PIBG, sekolah dan ibu bapa perlu menyokong antara satu sama lain demi kebaikan pelajar. Mereka aset paling bernilai untuk negara," katanya.

    Bagi kartunis, Anuar Hassan atau Sireh, dia menyokong sebarang usul dibentangkan PIBG di sekolah anaknya di SK USJ 21, Subang Jaya, asalkan membawa kebaikan.

    "Tidak benar ibu bapa kurang beri sokongan, mungkin mereka ada komitmen yang tidak dapat dielakkan. Apapun, kami tidak lepas tangan.

    "Sebagai ibu bapa di zaman moden ini, kami lebih terbuka dan sedia berkongsi mengenai perkembangan anak-anak di �sekolah asalkan waktunya sesuai dan mendapat informasi awal.

    "Jangan salahkan ibu bapa semata-mata kerana ia tidak menyelesaikan masalah sebaliknya membuatkan keadaan lebih kalut," katanya.


    INFO

    Antara fungsi utama PIBG sekolah adalah:

  • Memastikan kemajuan dan perkembangan serta menjaga kebajikan murid terjaga dengan baik.

  • Membantu dalam meningkatkan komunikasi dan kemesraan antara sekolah dan masyarakat.

  • Membantu mencari dana atau menambah sumber kewangan sekolah.

  • Membantu mewujud�kan suasana kondusif di sekolah serta murid.

  • Jawatankuasa PIBG menetapkan bilangan ibu bapa dan guru perlu seimbang manakala guru besar atau pengetua tidak boleh menganggotainya dan hanya bertindak �sebagai penasihat persatuan.
  • Maya kagumi Remy

    Posted: 28 Nov 2010 04:45 PM PST

    • Foto

    • Foto

    • Foto

    Aktres simpan hasrat berduet satu album dengan Lelaki Melayu Terakhir

    RISIKO berlakon bersama yang sering dilalui pelakon terutama sebagai watak hero dan heroin ialah kemungkinan untuk terjebak dalam cinta lokasi. Atau pendeknya 'cinlok'. Benar atau tidak, kepastiannya hanya yang empunya diri saja tahu setiap inci kebenarannya. Sedangkan orang luar bebas meletakkan persepsi dan menjatuhkan hukuman terhadap itu dan ini.Gandingan serasi yang dilabel perkara sama ialah dua nama besar yang sedang pantas mencipta kredibiliti tersendiri di arena seni iaitu Maya Karin dan Remy Ishak. Ia kononnya dihidu sewaktu mereka buat pertama kali digandingkan dalam teater Natrah arahan Erma Fatima hujung tahun lalu yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.
    Teater yang mendapat sambutan hebat termasuk dihimpit kontroversi itu sedikit sebanyak memberi tempias kepada sisi hubungan baik Maya dan Remy. Keakraban jelas tidak boleh diselindungi lagi. Kronologi seterusnya, Remy juga menyertai syarikat pengurusan Satu Entertainment yang disertai Maya.

    Ironinya, sebelum Natrah, mereka pernah berlakon sama dalam filem Anak Halal arahan Osman Ali beberapa tahun dulu. Namun tiada watak intim atau romantik membabitkan mereka. Sejurus selesai memberi komitmen terhadap teater terbabit, mereka sekali lagi dipertemukan pengarah yang sama menerusi filem Cun yang dijangka tayangannya pada tahun depan.

    Sejak 25 November lalu hingga 5 Disember depan, jodoh kembali menyatukan mereka bagi pementasan Natrah untuk musim kedua. Ia dipentaskan di lokasi sama.
    'Cinta lokasi' antara mereka menerusi Natrah 2 bertaut semula atas paksi sebuah persembahan teater. Cinta di alam realiti bagaimana pula? Klise bunyinya. Masing-masing sudah pun berkali-kali menafikannya.
    "Sepatutnya ada satu filem yang menyatukan kami lagi. Bagaimanapun, ia masih bergantung sampai sekarang. Lalu, jalan terbaik, masing-masing meneruskan projek lain yang ditawarkan," kata Maya yang menekankan dirinya masih belum bertemu pengganti ketika B*POP bertemunya di Istana Budaya ketika sesi fotografi bersama Remy.

    Keserasian antara mereka memang tiada syak lagi. Buktinya, jelas kelihatan ketika fotografi ini dijalankan. Masing-masing tidak kekok berpandangan sesama sendiri sekali gus memberi mood yang diingini B*POP. Sekali pandang, macam pasangan kekasih. Kata duta L'oreal itu, keserasian dan ion positif yang pernah mengalir sebelum ini dipanjangkan lagi buat kesekian kalinya demi tuntutan watak teater Natrah 2.

    "Soal keserasian itu bukan sesuatu yang dibuat-buat. Adakalanya ia sukar untuk dijelaskan dengan perkataan. Bayangkan sepanjang tempoh berlatih, kami perlu meletakkan tembok atau jurang ke tepi demi memberi kelancaran terhadap watak yang dipegang. Dalam teater ini, babak saya memang banyak dengan Remy dan Umie Aida.

    "Dulu masa Natrah musim pertama, kami memang rapat. Selesai Natrah dan Cun, kami seperti membawa haluan masing-masing. Bayangkan sebelum bersambung untuk Natrah kali ini, ada masanya kami tak jumpa langsung dalam dua tiga bulan. Sekarang, hampir setiap hari bersua. Bila putus hubungan, nak tanyakan sudah makan atau minum pun tak sempat.

    "Tapi sekalipun sudah lama tak bersua, persahabatan kami masih mekar. Apabila dapat bertemu kembali masih tetap OK.... malah ada orang yang hari-hari jumpa pun masih janggal saat bersua. Remy boleh dikatakan antara hero pujaan saya dan saya selesa berlakon dengannya," kata Maya sambil memberitahu dia juga pantas mencipta keserasian dengan Rusdi Ramli dan Aaron Aaziz (gandingannya dalam filem Ombak Rindu).

    Perbualan dengan Maya pagi itu turut menyelami persepsinya terhadap jejaka kegilaan ramai itu yang pernah diberi jolokan sebagai Lelaki Malaya Terakhir oleh Erma Fatima sendiri. Sambil berseloroh, Maya juga tidak menolak peluang andai suatu hari nanti, dia dan Remy berduet dalam lagu pula. Umum pastinya tahu, bakat Remy sebagai penyanyi turut mendapat pujian komposer popular.

    "Kalau ada ruang sebegitu, kenapa tidak kami mencubanya. Kena pada lagu yang sedap, siapa tahu kolaborasi kami boleh menarik perhatian ramai. Sebagai rakan seperjuangan, saya sendiri yakin dengan bakat Remy. Bakatnya luar biasa dan perjalanan seninya masih jauh. Dia juga mampu terbang tinggi jika kena pada gayanya. Ada lagi aspek yang boleh ditonjolkannya.

    "Mengenalinya secara peribadi, dia boleh saya katakan seorang yang rumit. Kadang-kadang terlebih serius dalam bekerja. Kadang-kadang terlalu tekun bekerja hingga mengabaikan soal makan, minum, persekitaran dan kawan. Sampai angkat telefon pun susah jadinya. Tetapi secara keseluruhannya, dia seorang lelaki jujur lagi baik," kata Maya yang kembali mewarnakan rambutnya dengan warna coklat keperangan.

    'Terima jika Maya jodoh saya'

    BERALIH cerita kepada Remy, berbanding Maya yang sudah hampir sedekad meneruskan legasi seninya, Remy pula bakal menginjak tahun kelima pembabitan seninya menjelang tahun depan. Sepanjang tempoh pembabitan seni mereka, masing-masing juga pernah mencipta nama menerusi pengiktirafan menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

    Adat bergelar selebriti, kebiasaannya sering menjadi tumpuan diserang gosip dan kontroversi. Remy sendiri akui, dia semakin cuba membiasakan diri dengan elemen itu kerana semuanya terjadi tanpa diundang. Begitu juga gosipnya dikatakan bercinta, tidak langsung menjadi ancaman atau penghalang baginya meneruskan kerjaya termasuk melunaskan komitmen teater Natrah 2.

    "Sejujurnya, Remy tidak terlalu memikirkan gosip. Tak ambil berat sangat hal sebegitu. Soal itu diletak ke tepi. Sebab jika terlalu difikirkan, ia pada akhirnya berkesudahan dengan memberi masalah pada diri sendiri. Remy lebih senang mengekalkan situasi bekerja dan profesional. Apa yang penting, keserasian antara Maya semakin baik di dalam teater Natrah.

    "Banyak cara boleh kita lakukan untuk memastikan keserasian itu berada di posisinya. Di luar bidang kerjaya, kami masih mencuri peluang untuk berjumpa dan lepak bersama. Itupun kalau masing-masing tak sibuk. Remy memang tak nafikan baik dengan Maya. Ukhuwah itu berjalan lancar. Rapat itu juga tidak semestinya kami bercinta.

    "Tapi bab cinta atau jodoh dengan Maya atau sekalipun dengan mana-mana wanita lain, bukan kuasa Remy untuk menentukan. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti bertemu jodoh dengan Maya, Remy terima ketentuan-Nya. Yang jelas, keserasian yang terjalin antara pelakon menjadi nilai tambah atau tarikan untuk penggiat seni 'mengambil kesempatan' memberi tawaran berlakon," kata duta jenama Dashing itu.

    Ditanya lanjut mengenai Maya, dia yang bakal ke set penggambaran filem Bara Jiwa (asalnya judul Akuarium Cinta) arahan Osman Ali mulai 12 Disember ini berkata, Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-49 itu cukup sempurna sebagai wanita dambaan lelaki. Kata Remy lagi, wanita bermata cantik itu mempunyai kriteria yang dicari ramai lelaki di luar sana.

    "Bukan saja luaran, peribadi (dalaman) dia juga sangat baik. Apa yang boleh saya katakan lagi, dia mempunyai sedikit sifat keanak-anakan. Bukan di tahap gedik atau menggelitis tetapi boleh dianggap manis. Ia tak dibuat-buat. Susah sebenarnya Remy nak terangkan. Ia terjadi secara spontan malah tidak disedari langsung empunya badan," katanya yang turut menantikan tayangan filem Nur Kasih.

    Kebelakangan ini, nama Remy juga mula dilabel sebagai seorang playboy. Selepas dikaitkan dengan Ummi Nazeera dan Maya Karin, nama teman seperjuangannya, Tiz Zaqyah pula mula dikaitkan dengannya. Gelaran itu tidak langsung membuatkan Remy melenting, sebaliknya dia tidak melayan sangat tuduhan negatif itu. Akui Remy, dia bebas berkawan dengan sesiapa dan itu tidak bererti dirinya dengan mudah dikelaskan sebagai playboy.

    "Buat masa ini, Remy selesa berkawan dengan Maya, hal sama juga jadinya dengan Tiz. Bagi Remy... itu perkara biasa, jika hubungan baik di set penggambaran dipanjangkan ke alam realiti. Tak kiralah pelakon lelaki atau perempuan, Remy tak nafikan hubungan itu secara automatik terbawa-bawa hingga ke luar set penggambaran. Tak bermakna bila habis penggambaran bererti hubungan dengan pelakon yang terbabit turut berakhir.

    "Tapi biasalah, dalam dunia hiburan ini, yang sering menjadi perhatian dan cakap-cakap orang, apabila ia membabitkan hubungan dengan artis perempuan. Ia berpanjangan menjadi gosip yang ada kalanya membebankan kepala otak. Ikutkan, Remy rapat juga dengan pelakon seperti Bront Palarae, Farid Kamil, Ady Putra dan pelakon drama Arjuna. Tapi biasalah kalau dengan artis lelaki ia tidak diperbesarkan," ungkapnya.

    Menarik Maya Karin

    • Pandangannya terhadap skeptikal kepada seseorang bergelar janda, Maya akui menerusi pengamatan dan pemerhatian, dia tidak terlalu tertekan mengenai status dirinya. Ia dilalui dengan hati terbuka dan menganggapnya seperti penukaran fasa hidup yang terpaksa ditelan.

    • Mengenai Natrah 2, Maya semakin merasai emosi yang pernah ditanggung watak Natrah. Roh Natrah seakan sudah menyerap ke dalam dirinya. Pementasan kali ini membuatkan Maya lebih mendalami wataknya.

    • Dalam perkembangan lain, Maya juga teruja menantikan kehadiran album ketiganya yang kini sudah 80 peratus siap. Berkonsepkan pop progresif, pembikinan album itu bermula sejak dua tahun setengah yang lalu. Kali terakhir Maya muncul dengan album ialah pada 2003. Lapan lagu sudah siap dan dijangka 10 lagu bakal dimuatkan dalam album terbarunya. Antara komposer yang terbabit ialah Audi Mok, Azlan & The Typewriter dan Omar K.

    • Selepas mengacarakan Nona, Maya kini difahamkan sedang menunggu lampu hijau untuk mengacarakan program berkaitan Alam Sekitar. Bagaimanapun semuanya masih dalam peringkat perancangan.

    Menarik mengenai Remy Ishak

    • Remy akui sebenarnya sukar menjadi pelakon. Baginya, tugas sebagai pelakon ialah menjual jiwa dan perasaan demi melahirkan mood terbaik seperti yang diingini pengarah untuk dikongsi dengan penonton.

    • Sebagai manusia biasa, Remy tidak mampu menghalang pandangan sesetengah orang yang pantas melabelkan dia bercinta dengan si polan itu atau ini biarpun ia tak lebih sekadar berkawan.

    • Dalam Natrah 2, Remy membawakan watak sebagai Mansor Adabi

    • Akui Remy, tidak banyak perubahan dilakukan dalam pementasan teater Natrah 2. Perkembangan watak sama saja seperti terdahulu, cuma pengisian dalaman terhadap watak boleh dicantikkan lagi. Pengalaman lalu banyak mengajarnya.

  • Tiket menyaksikan Natrah 2 boleh dibeli pada harga RM30, RM50, RM70, RM100 atau RM150. Untuk pertanyaan, hubungi box-office (03-40265558) atau layari www.ticket2u.biz atau www.istanabudaya.gov.my.


    Info Maya Karin

    NAMA PENUH: Maya Karin Roelcke
    TARIKH LAHIR: 29 Oktober 1979
    TEMPAT LAHIR: Bayreuth, Jerman
    KELUARGA: Anak sulung daripada tiga beradik
    PENGACARA: Wavelength, Ratu Sehari, Channel [V], Beauty Secret From The East dan Nona


    Info Remy Ishak

    NAMA PENUH: Mohammad Zalimei Ishak
    TARIKH LAHIR: 11 April 1982
    TEMPAT LAHIR: Negeri Sembilan
    HOBI: Mengembara dan seni fotografi
  • Pil tahan lama

    Posted: 28 Nov 2010 04:44 PM PST

    • Foto

      SEBUAH kedai ubat yang menjual ubat seks di Pekan Danok.

    • Foto

      UBAT 'kuat' yang mendapat permintaan tinggi rakyat Malaysia di Pekan Danok.

    Rakyat Malaysia beli ubat seks di Selatan Thailand

    DANOK (Selatan Thailand): Kumpulan lelaki 'hidung belang' dari Malaysia dikatakan begitu berani mengambil pelbagai jenis ubat 'kuat' atas alasan kononnya untuk meningkatkan kemampuan nafsu seks masing-masing, tanpa mengambil kira faktor risiko terutama kesan sampingan terhadap kesihatan.Selain Viagra yang menjadi kebiasaan, kumpulan lelaki terbabit yang dikatakan sentiasa berulang-alik merentasi sempadan untuk berfoya-foya di pekan ini, turut mengambil pelbagai jenis pil kuat tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa kesihatan.
    Antaranya termasuk pil jenis caverta dan kagarma dari India, yang dikatakan paling mendapat sambutan, berbanding pil lain termasuk yang diimport daripada Amerika Syarikat (AS) atau China.

    Berdasarkan maklumat, kedua-dua jenis pil terbabit mendapat permintaan tinggi berikutan harganya yang murah iaitu antara RM10 dan RM15 sebiji, selain begitu mudah untuk diperoleh terutama di setiap farmasi yang terdapat di pekan ini.

    Malah, kesannya yang kuat turut memungkinkan pelanggan untuk memotong dua ubat terbabit bagi memaksimumkan penggunaan, sekali gus menambahkan lagi penjimatan terutama kos untuk 'berseronok'.

    Seorang pengusaha kedai farmasi yang hanya mahu dikenali sebagai Anit, 40, berkata hampir semua kedai ubat dan farmasi di pekan berkenaan membekalkan pil 'kuat' kerana ia mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan.
    Katanya, jika dibandingkan, pil ceverta dan kagarma paling laris bukan saja di kalangan anak muda, malah mereka yang turut berusia bertujuan memastikan `kepuasan' yang lebih ketika melakukan hubungan seks.

    "Kebanyakan pelanggan mengakui keberkesanan pil terbabit yang turut dikenali sebagai pil tahan lama, terutama dalam memanjangkan tempoh hubungan seks," katanya.

    Mengenai bekalan, Anit berkata dia tidak berdepan masalah kerana pengedar sememangnya sentiasa membekalkan stok yang diperlukan dan mereka juga sedar keperluan tinggi terhadap kedua-dua pil berkenaan.

    "Sehingga kini, masih belum ada kes mengatakan pengguna menerima kesan sampingan daripada penggunaan ubat terbabit dan peniaga juga yakin ia tidak membahayakan.

    "Harga dua pil terbabit amat murah dan berbaloi sekali jika dibandingkan seperti Viagra yang diperbuat daripada AS yang berharga RM50 sebiji untuk sekali penggunaan, berbanding caverta dan kagarma, sebanyak dua kali," katanya.

    Seorang lagi peniaga yang dikenali dengan panggilan Chai, 35, berkata dia sentiasa memastikan stok ubat berkenaan mencukupi sebelum menutup operasi premis setiap malam, kerana pelanggan terutama warga Malaysia kebiasaannya mula masuk ke pekan ini pada sebelah pagi.

    Katanya, dia mampu menjual 1,000 biji dalam sebulan dengan majoriti pelanggan adalah rakyat Malaysia kerana permintaan terhadap ubat jenis itu sungguh menggalakkan pada ketika ini.

    "Namun begitu, saya difahamkan, ubat berkenaan tidak begitu sesuai kepada mereka yang mempunyai penyakit lemah jantung, sebaliknya sesuai kepada mereka yang menghidap kencing manis dan lemah tenaga batin," katanya.

    Ada lebih 200 premis rumah urut dan spa di sekitar pekan ini, termasuk yang menyediakan khidmat pelacuran yang sering menjadi tarikan utama pengunjung, termasuk dari Malaysia

    Dua wanita dakwa sakit selepas ambil pil pelangsing

    Posted: 28 Nov 2010 04:39 PM PST

    SUZIANA menunjukkan pil langsing yang diambilnya ketika ditemui di Kuala Nerang, semalam.
    SUZIANA menunjukkan pil langsing yang diambilnya ketika ditemui di Kuala Nerang, semalam.
    Produk diseludup dari negara jiran

    KUALA NERANG: Dua wanita mendakwa mengalami masalah kesihatan selepas mengambil pil pelangsing yang dibeli melalui ejen yang dikatakan mampu menurunkan berat badan dengan cepat.Difahamkan, produk itu turut digunakan ahli politik, orang kenamaan, penjawat awam termasuk guru dan polis untuk menurunkan berat badan dalam tempoh singkat.
    Produk itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan dibungkus semula di sebuah kediaman yang beroperasi di Alor Setar dan dikatakan mengedar di beberapa salun kecantikan di sekitar Jitra dan Alor Setar, selain menggunakan khidmat ejen di daerah lain.

    Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Suziana, 26, mendakwa mengalami cirit-birit, pening kepala dan keguguran rambut selepas mengambil pil berkenaan dalam tempoh seminggu selepas disyorkan seorang rakannya.

    Beliau berkata, pil itu dijual dalam plastik lutsinar yang dibungkus semula dengan harga RM70 untuk satu set lengkap bagi kegunaan siang dan malam, manakala set malam pula dijual pada harga RM40.

    Sementara itu, seorang lagi mangsa yang hanya dikenali sebagai Aisyah, 54, yang ditemui di rumahnya di Kerpan, Jitra kelmarin berkata, pil pelangsing yang diambil sejak setahun lalu menyebabkan dia mengalami sakit sendi kaki yang serius.
    Aisyah yang mengalami masalah berat badan 76 kilogram (kg) berjaya menurunkan ke 70kg dalam tempoh hanya seminggu selepas mengambil produk itu.

    "Akibatnya, saya mengalami cirit-birit, manakala najis menjadi hitam, selain kerap pening kepala dan muntah," katanya.

    Sementara itu, jurucakap Bahagian Farmasi Kedah ketika ditemui berkata, pihaknya akan menganalisis sampel pil berkenaan dan akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

    Beliau berkata, dari segi pembungkusan, pihaknya mendapati ia menyalahi peraturan kerana setiap pil yang diluluskan Kementerian Kesihatan mempunyai label, tarikh dan nama pesakit tetapi pil ini tidak mempunyai sebarang label.

    "Kita percaya kemungkinan besar pil ini mengandungi sibutramine yang boleh menyekat selera makan pengguna tetapi boleh menyebabkan kesan seperti kerosakan jantung, buah pinggang dan hati, selain boleh menyebabkan kematian," katanya.

    Jurucakap itu berkata, jika didapati bersalah, pengeluar pil itu boleh disiasat mengikut Akta Racun 1952 dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM5,000 atau dua tahun penjara atau keduanya sekali.

    Beliau berkata, kes itu juga disiasat mengikut Akta Pendaftaran Ubat dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik kerana ia dipercayai mengandungi bahan ubat terkawal dan tidak berdaftar dengan kementerian itu dan boleh didenda sehingga RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

    PROTON keluar 200 kereta hibrid Januari depan

    Posted: 28 Nov 2010 04:37 PM PST

    ANTARA kenderaan yang menyertai pertandingan ciptaan kereta sempena Fiesta Keluarga dan Inovasi PROTON di Stadium Shah Alam, Kelmarin.
    ANTARA kenderaan yang menyertai pertandingan ciptaan kereta sempena Fiesta Keluarga dan Inovasi PROTON di Stadium Shah Alam, Kelmarin.
    Jadi kenderaan rasmi sebelum dikomersialkan

    PROTON Holdings Bhd (PROTON) sudah mendapat kelulusan kerajaan untuk mengeluarkan kira-kira 200 kereta hibrid sebagai kenderaan rasmi kerajaan mulai Januari tahun depan.Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata langkah itu akan membantu PROTON menguji kemampuan sebenar kenderaan mesra alam itu, sebelum dikeluarkan secara komersial bagi pasaran domestik dan antarabangsa.
    "Kalau semuanya berjalan lancar ia akan digunakan oleh kerajaan di Putrajaya dan beberapa tempat lain sebagai percubaan supaya kami dapat membuat penilaian terhadap aspek teknikal dan prestasinya.

    "Jika semuanya dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan, kami akan mengeluarkannya secara komersial.

    "Setiap unit kereta hibrid yang dibekalkan itu akan dipantau oleh PROTON dari semasa ke semasa," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Fiesta Keluarga dan Inovasi PROTON di Stadium Shah Alam, kelmarin.

    Hadir sama Pengerusi PROTON, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh. Kira-kira 5,000 kakitangan PROTON dari seluruh negara hadir memeriahkan sambutan berkenaan.
    Syed Zainal berkata, pihaknya tidak menetapkan tempoh masa percubaan penggunaan kereta hibrid itu, sebaliknya PROTON akan mengambil kira semua maklum balas dan pandangan bagi memastikan pembangunan kereta jenis itu dapat memenuhi setiap standard piawaian syarikat serta di peringkat antarabangsa.

    "PROTON perlu segera membangunkan teknologi hibrid bagi memenuhi piawaian global.

    "Justeru, adalah penting bagi kerajaan untuk terus menyokong pembangunan kereta hibrid keluaran tempatan dengan memberi pelbagai inisiatif seperti memperkenalkan beberapa jenis cukai untuk menarik orang ramai membeli kereta jenis itu," jelasnya.

    Penganalisis industri automotif ketika dihubungi berkata, beberapa barisan produk PROTON seperti Saga atau Persona berpotensi muncul sebagai model pertama yang akan dipasang dengan enjin hibrid.

    Katanya, dengan enjin hibrid dan ditambah dengan peningkatan kos semasa bagi bateri berkenaan, PROTON dijangka akan menjual kereta jenis mesra alam itu di pasaran bermula pada RM80,000 seunit.

    Awal bulan ini, Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pengeluar kereta nasional itu menyasar menjual kereta hibrid keluarannya pada harga di bawah RM100,000 bagi membolehkannya bersaing dengan kenderaan hibrid keluaran syarikat automotif terkemuka dunia.

    Terdahulu pada Fiesta Keluarga dan Inovasi PROTON, kumpulan 'Gruner TF Exponent' memenangi hadiah wang tunai RM12,000 dalam pertandingan prototaip kereta yang dibuat menggunakan bahan terpakai dan teknologi hijau.

    Tempat kedua dan ketiga pula dimenangi oleh 'Innotech 2' dan 'Evolusi G', masing-masing membawa pulang wang tunai RM8,000 dan RM6,400.

    Pertandingan berkenaan diilhamkan oleh Dr Mahathir tahun lalu dalam usaha memupuk budaya inovasi dalam syarikat berkenaan.

    Klasik antik

    Posted: 28 Nov 2010 04:27 PM PST

    • Foto

    • Foto

      RUANG tamu bagai galeri dengan himpunan antik dipamerkan di segenap sudut dan ruang.

    • Foto

    • Foto

      PELITA minyak membentuk sebahagian hiasan rumah.

    • Foto

    Rumah Rubaidah Omar ibarat galeri mini paparkan himpunan barangan lama

    ORANGNYA kecil molek namun cita rasanya terhadap perabot dan perhiasan rumahnya agak tinggi melangit. Menyusuri segenap sudut dan ceruk ruang Rubaidah Omar, tersingkap ketelitian usahawan wanita ini kala memilih aksesori baik untuk dinding mahupun dipamerkan di rak terbuka serta kabinet hiasan penjuru dinding.
    "Keutamaan saya sudah pasti koleksi perhiasan antik. Ia memaparkan estetika corak dan motif," kata Rubaidah yang sebegitu terperinci membicarakan minat mendalamnya terhadap barangan lama itu sejak di bangku sekolah menengah.
    Tidak hairanlah, kediaman teres dua tingkat miliknya di Ampang, Selangor, ini ibarat galeri yang memaparkan kecintaan terhadap minatnya itu.

    "Tiada siapa pengaruhi saya kerana minat itu hadir selepas saya tahu kesenian serta keindahan mutunya. Pada mulanya, saya kumpul kelengkapan menghidang lama milik ibu, Saliah Sakiman, sebelum melarat ke perabot dan aksesori rumah," katanya.

    Koleksi antiknya pula bukan sedikit, malah tak terhitung merangkumi pinggan mangkuk, lampu gasolin, beg peti, guri atau takar, tempayan serta dulang. Malah, Rubaidah turut menyimpan sejumlah telefon bimbit ketika awal keluarannya dulu.

    Semua koleksi antiknya disusun serta dipamerkan di sudut strategik kediaman teres berkeluasan 2.4 meter persegi X 5.2 meter persegi berkenaan. Sebahagian dipamerkan dalam kabinet kaca dan para terbuka sementara selebihnya diletak di atas meja kopi dan sudut tangga.
    Menjadikan klasik bersulam kreatif serta imaginatif tunjang gaya penataan, Rubaidah nyata bijak memanfaatkan ruang dan fungsi selain tahu memadankan aksesori dengan keperluan tempat. Lampu gasolin misalnya, berbanding diletak begitu saja sebagai perhiasan sudut, diubahsuai Rubaidah menjadi lampu siling.

    "Biasanya, lampu berkenaan sekadar hiasan siling dan meja konsol namun saya menganggapnya sebagai pembaziran besar. Sekiranya masih elok dan berfungsi, lebih baik diubah fungsi menjadi lampu menerangi ruang. Bukan susah manapun, hanya tambah mentol dan lakukan pendawaian diperlukan, saya jamin ia mampu menyinari ruang," katanya yang menolak kaedah lama menghidupkan lampu itu menggunakan minyak tanah kerana mual dengan baunya.

    Beg peti pelbagai ukuran, bentuk dan material disusun bertingkat di kawasan tangga misalnya, bukan saja menyelitkan karektor klasik diingini tetapi kadang kala digunakan juga buat mengisi barang keperluan sewaktu melancong dan pulang ke kampung.

    "Saya pastikan barangan yang dibeli mestilah 80 peratus dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Beg peti misalnya, sungguhpun nampak uzur benar namun masih kukuh dan boleh dikunci serta buka. Begitu juga dengan kipas logam di atas kabinet hias bersebelahan televisyen yang masih boleh digunakan ketika keadaan memerlukan," katanya yang rajin meninjau kedai menjual barang antik tempatan serta sanggup ke Thailand, Indonesia dan Vietnam semata-mata melengkapkan himpunannya itu.

    Sewaktu melancong ke Indonesia khususnya Bali, Rubaidah suka mencari jam dinding, barangan tembaga dan piring hiasan lama buatan England. Sementara, apabila berpeluang bercuti ke Thailand dan Vietnam, aksesori kayu dan replika beca serta basikal sering menjadi pilihan serta buruannya.

    Namun, dalam sekian banyak antik disimpannya, Rubaidah mengaku amat sayangkan set gelas keluaran khas kemerdekaan memaparkan gambar Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman. Hasil peninggalan arwah neneknya, Juria, kata Rubaidah, gelas berkenaan bukan saja sukar lagi ditemui bahkan harganya turut melambung tinggi.

    "Nilai setiap satunya mencecah RM300. Itu sebabnya saya katakan barang lama bermakna, berharga juga bagai menyimpan semangat tersendiri. Sekali terjebak dengannya, pasti payah berpuas hati melainkan yang dihajati berada dalam genggaman," katanya yang membelanjakan kira-kira RM1,000 sebulan bagi melengkapkan koleksi antiknya.

    Tidak semua yang dibeli diperoleh dalam keadaan baik sebaliknya ada cat menggelupas dan berkarat. Namun, selagi mampu diperbaiki, dia akan berusaha mengembalikan semula keindahan barangan itu.

    Buktinya, meja solek dengan cermin motif naga berusia hampir 60 tahun ketika diambil dari rumah ibu saudara sangat uzur keadaannya namun berubah seperti baru selepas digantikan cermin pecah sebelum disapu kilatan barnis bagi mengembalikan keindahannya.

    Diana takut rancang soal kahwin

    Posted: 28 Nov 2010 04:26 PM PST


    DIANA enggan meletakkan tarikh perkahwinan dalam jadual hidupnya.


    SELAGI bernama manusia, pasti setiap hati berdetik untuk menamatkan zaman bujang dan merancang detik-detik sejarah itu dengan baik agar semuanya berjalan dengan lancar. Bagaimanapun buat gadis manis bernama Diana Danielle, dia takut untuk merancang soal perkahwinan dirinya.

    Diana yang ditemui ketika sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-19 di Musa Fashion & Dine, Avenue K, Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu bahawa dia tidak pernah pun menetapkan tarikh hari bahagianya.

    Jelas pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson itu, dia tidak mahu merancang kerana tidak mahu terlepas cakap. Ada kegusaran dalam hatinya memikirkan sesuatu yang masih lagi jauh dalam perancangan hidup yang dilaluinya kini.

    "Banyak perkara yang berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih berhati hati.

    "Mungkin saya akan kahwin esok, siapa tahu? Tetapi saya memang tidak ada perancangan untuk berkahwin Januari seperti yang dicakapkan umum. Kerana semua perkara ini melibatkan jodoh," kata pelakon yang pernah dikhabarkan kelihatan keluar bersama pelakon dan pengarah, Farid Kamil. Bukan hanya kelihatan berdua, mereka juga dikatakan intim dan dilihat seperti merpati dua sejoli.

    Pelakon dan penyanyi yang baru menghabiskan program persediaannya dalam jurusan Biosains di Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor berkata, dia bimbang jika terlalu awal membuat perancangan kerana tidak tahu apa apa yang bakal terjadi kelak.

    "Saya paling takut buat perancangan. Tidak pernah meletakkan sasaran tentang kahwin," luah pelakon utama filem Magika ini. Mungkin juga faktor usia membuatkan dia masih lagi berjauhan dengan perancangan tersebut.

    Dalam majlis yang diadakan sehari sebelum tarikh lahirnya pada 22 November 1991, 100 peminat daripada laman peminat Diana di Facebook telah dipilih bersama-sama menyambut hari kelahirannya.

    Tambah Diana lagi, dia terkejut dan terharu kerana terdapat peminatnya dari Singapura, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang sanggup hadir pada malam tersebut.

    "Pada mulanya saya ingat yang datang hanyalah dari kawasan sekitar Kuala Lumpur sahaja tetapi ada yang datang dari jauh rupanya.

    "Mereka buat saya terkejut dan sangat gembira kerana dapat meraikan hari lahir saya," senyumnya.

    Jelas Diana lagi, majlis itu telah dirancang kira-kira dua minggu sebelum ia berlangsung.


    MENYANYIKAN lagu Sinaran nyanyian asal Sheila Majid sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa menyinar dalam hati sanubarinya selama ini.


    "Semuanya diuruskan oleh peminat. Pemilihan mereka dibuat berdasarkan kuiz slogan yang diadakan di Fan Page Facebook saya.

    "Sebenarnya saya rasa lebih bermakna kerana dapat memberi peluang kepada peminat untuk menyambut hari lahir saya," katanya.

    Jujurnya, sebelum ini, dia kurang gemar untuk menyambut hari jadinya.

    "Tetapi acara hari ini membuatkan saya berasa untuk mengadakan majlis seperti ini sekali lagi," luahnya penuh kegembiraan.

    Dalam waktu yang sama, Diana sempat meluahkan hasrat untuk memasuki kelas lakonan kerana merasakan mutu lakonannya masih kurang baik.

    "Memandangkan pada tahun hadapan saya bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, saya merancang untuk mengikuti kelas lakonan ketika cuti semester," ujarnya.

    Risiko menunggu organ baru

    Posted: 28 Nov 2010 04:25 PM PST


    SEMUA penerima organ mengimpikan nasib gadis kelahiran Batu Pahat, Tee Hui Yee, 16, yang berjaya meneruskan kehidupan selepas pembedahan jantung pada tahun 2007.


    KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, lebih 11,000 pesakit di negara ini sedang bertarung nyawa menunggu giliran bagi mendapatkan organ baru.

    Sebahagian daripada mereka berdepan dengan risiko kematian jika tidak menerima organ baru dalam tempoh beberapa bulan hingga dua tahun akan datang.

    Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Penyelaras Pusat Sumber Pemindahan Nasional (NTRC) Hospital Kuala Lumpur, Datin Dr. Lela Yasmin Mansor berkata, daripada jumlah itu, 11,000 pesakit sedang menanti buah pinggang, hati (18), paru-paru (enam), jantung (tiga) dan tiga orang pesakit memerlukan kedua-dua organ iaitu jantung dan paru-paru.

    "Jumlah pesakit buah pinggang yang memerlukan bantuan pula bertambah sebanyak 3,500 orang setahun dengan jumlah keseluruhan yang menjalani dialisis melebihi 22,000 orang.

    "Purata jangka hayat mereka terutamanya pesakit jantung, paru-paru dan hati semasa menunggu saat kematian adalah dalam lingkungan 24 bulan sahaja. Tempoh ini berbeza untuk pesakit buah pinggang yang boleh mengharapkan rawatan dialisis selama berpuluh tahun untuk hidup," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

    Jeritan sayu wanita OKU

    Posted: 28 Nov 2010 04:25 PM PST


    SAODAH melihat keadaan rumahnya yang hangus di Kampung Banggol Ubi Keling, Lemal, Pasir Mas semalam.


    PASIR MAS - Seorang lelaki hanya mampu memandang rumahnya runtuh menyembah bumi selain adik tirinya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) rentung dalam kebakaran di Kampung Banggol Ubi Keling, Nibong, Lemal dekat sini kelmarin.

    Kejadian pukul 4.45 petang itu mengakibatkan wanita yang mengalami cacat penglihatan dan lumpuh anggota badan, Fatimah Said, 50, rentung dijilat api apabila dia gagal diselamatkan. Ketika kebakaran itu, mangsa dikatakan telah menjerit meminta tolong.

    Ketika kejadian, adik tiri lelakinya, Mazani Omar, 33, yang mengalami masalah mental turut berada di situ tetapi hanya mampu melihat mangsa terbakar. Dia yang hilang upaya pemikiran dikatakan tidak tahu apa yang terjadi.

    Bagaimanapun, Mazani terselamat kerana ketika itu dia berada di luar rumah.

    Wajib bayar guna 31 panel insurans

    Posted: 28 Nov 2010 04:24 PM PST


    MAJIKAN yang tidak membayar caruman skim insurans pekerja asing mulai 1 Januari ini berdepan dengan tindakan termasuk tidak dibenarkan memperbaharui permit pekerja mereka. - Gambar hiasan


    KUALA LUMPUR - Semua majikan pekerja asing diwajibkan menyediakan premium insurans kesihatan berserta permit pekerja asing mereka menerusi 31 panel insurans berdaftar di Kementerian Sumber Manusia apabila penguatkuasaan skim itu dikuatkuasakan mulai 1 Januari depan.

    Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan berkata, jika majikan gagal berbuat demikian, mereka boleh dikenakan tindakan selain kementerian tidak meluluskan pembaharuan permit pekerja.

    Sehubungan itu, kementerian akan mengadakan sesi dialog dan perbincangan khusus dengan majikan dan pihak terbabit bagi memberi pemahaman mendalam kepada mereka mengenai pelaksanaan penguatkuasaan itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hitachi Charity Flea Bazaar di sini semalam.

    Tiga lagi korban denggi minggu ini

    Posted: 28 Nov 2010 04:23 PM PST

    GEORGE TOWN - Tiga lagi kematian akibat demam denggi dilaporkan minggu ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia di seluruh negara akibat wabak itu meningkat kepada 128 orang sejak Januari lepas.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, satu kematian dilaporkan di Sarawak kelmarin manakala dua kematian dilaporkan masing-masing di Pulau Pinang dan Johor pada Isnin lepas.

    "Jumlah itu menyaksikan peningkatan kematian kepada 50 kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak hanya 78 kematian yang direkodkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus Basic Life Saving Training di sini semalam.

    Beliau berkata, sehingga semalam sebanyak 43,477 kes demam denggi dilaporkan berbanding 37,205 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

    Sehingga semalam, Selangor mencatatkan jumlah kes demam denggi tertinggi tahun ini berbanding negeri lain iaitu 15,520 kes dengan 43 kematian.

    Berjudi RM7 juta sehari

    Posted: 28 Nov 2010 04:22 PM PST


    CHEE BOON melihat iklan-iklan ah long yang begitu banyak sehingga memudahkan peminjam meminjam wang untuk berjudi di sebuah kasino di Singapura di sekitar Johor Bahru semalam.


    JOHOR BAHRU - Kerajaan disaran berbuat sesuatu bagi menghalang rakyat negara ini daripada terus berjudi di sebuah kasino di Singapura sehingga mencecah RM7 juta sehari.

    Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon berkata, jumlah tersebut adalah hasil perbelanjaan 3,000 rakyat Malaysia yang ke kasino tersebut setiap hari.

    "Mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM2,400 seorang sehari dan jumlah tersebut akan menjadi RM210 juta sebulan.

    "Perkara itu dibahaskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai, Datuk Tee Siew Kong baru-baru ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Pelangi di sini semalam.

    Menurut Chee Boon, apa yang membimbangkan, kegiatan pinjaman ah long pula semakin menjadi-jadi sejak kasino tersebut mula beroperasi pada April lalu.

    "Kumpulan ah long semakin banyak di Johor Bahru dan sasaran mereka adalah untuk golongan yang gemar berjudi.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • Twitter
    • RSS